Tragedi Berembang & Rimba Jaya: Kerajaan Sudah Hilang Akal & Jiwa
Kenyataan Media 9 Mac 2007 Kejadian yang menimpa beberapa penduduk kawasan setinggan di Selangor dalam tempoh sehari dua ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional telah mula hilang akal dan jiwa sebagai manusia. Ini adalah contoh jelas bagaimana laba ekonomi yang digembur-gemburkan hanyalah ilusi kepada rakyat kerana semakin ramai rakyat terpaksa menghadapi kesusahan dan keperitan walaupun negara didakwa semakin maju dengan angka-angka yang memberangsangkan. Kami tidak memusuhi pembangunan, tetapi ianya harus dilakukan secara berhemah dengan perbincangan yang memberikan kepuasan hati semua pihak, bukan dengan paksaan, ugutan dan tindakan ganas seperti yang ditonjolkan di Berembang dan Rimba Jaya Akal yang sihat tidak akan melakukan kegiatan seumpama gangster dan jiwa yang sihat juga tidak tergamak untuk membiarkan mereka yang berumah dilanggar rumah mereka untuk kepentingan 2-3 kerat yang semakin kaya. Amirudin Shari Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home