SepangOnline

Tuesday, November 21, 2006

Suara Keadilan isu 96

NEGARA POLIS - PM tak boleh diteruskan semata-mata kerana Mahathir mulakan

MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak boleh
meneruskan dasar Negara Polis semata-mata kerana orang yang mengkritiknya, Mahathir Mohamad juga melakukannya dulu.
“Ia pernah berlaku sebelum ini, dan ia masih berlaku sekarang ini,” kata Anwar.
Menurut Anwar, Abdullah sepatutnya menyiasat dakwaan Mahathir dan bukannya memberi alasan: “Kerana kamu
(Mahathir) juga buat perkara yang sama, kamu tidak berhak menyoal saya.”


AG gugur tuduhan terhadap Sukma - Satu lagi kemenangan

SATU lagi kemenangan politik bagi Anwar Ibrahim apabila Peguam Negara, Gani Patail menarik balik tuduhan ‘liwat’ membabitkan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. Penarikan balik itu dibuat di Mah-kamah Sesyen Kuala Lumpur 6 November lepas. Dengan itu, mahkamah mengarahkan pembebasan serta-merta Sukma dari sabitan
kesalahan.
Kes tersebut sepatutnya di buka semula selepas Mahkamah Rayuan 14 Jun lepas mengarahkan demikian
selepas memberikan kemenangan kepada Sukma dalam rayuannya.
Antara saksi yang akan dikemu-kakan Sukma sekiranya perbicaraan diteruskan ialah bekas Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Sukma dipenjara enam tahun pada 14 September 1998 atas tuduhan kononnya ‘membenarkan Anwar meliwat beliau’ berdasarkan satu afidavit yang dibuat ketika beliau direman.
Namun, pada 10 Disember 1998, Sukma mengemukakan afidavit ke mahkamah bahawa beliau dipaksa membuat
pengakuan bersalah. Menurut Sukma, perakuan bersalahnya bukan secara sukarela dan dipaksakan oleh
pihak berkuasa.

 Sumbangan RM 500j k’jaan kepada Universiti Cambridge dipersoal

TOKOH karismatik, Anwar Ibrahim mendedahkan kerajaan Malaysia melalui Petronas dan Khazanah Nasional
meluluskan peruntukan RM 500 juta kepada Universiti Cambridge, di England.
Menurut Anwar, jumlah setengah bilion ringgit adalah terlalu besar untuk disumbang kepada mana-mana
universiti atau badan asing untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan, apa lagi dalam keadaan ekonomi
negara yang lembab.
“Jumlah tersebut mencukupi untuk membangun universiti atau pusat penyelidikan negara dengan mengundang pakar tempatan, kepakaran rakyat asal Malaysia yang kini bertugas diluar negara atau memperolehi beberapa
kepakaran asing.
“Apatah lagi dalam keadaan universiti-universiti kita masih tercicir di senarai universiti dunia. Lebih
dikhuatiri lagi, ialah kerana tindakan cuai sebegini dilakukan tatkala ekonomi negara dikira lembab,” kata
beliau.
Anwar menambah, beliau kesal kerana pimpinan kerajaan sama sekali tidak peka dengan permasalahan negara dan kurang bijak dalam mena-ngani isu pendidikan dan
penyelidikan negara.
“Apakah pimpinan kerajaan sekarang tidak menaruh keyakinan kapada keupayaan universiti, kepakaran atau
pusat penyelidikan tempatan untuk meningkatkan mutu penyelidikan dan prestasi mereka?
“Dan apakah cadangan tersebut bertujuan memenuhi selera dan kemegahan mana-mana tokoh tertentu kerana
ingin dihubungkan dengan universiti terkenal di luar negara?” soal Anwar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home