Perutusan Hari Raya Aidil Adha
PERUTUSAN AIDIL ADHA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
29 Disember 2006
Assalamualaikum wrt wbt, dan salam sejahtera
Sempena kedatangan Aidil Adha yang mulia ini saya dan seluruh keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Eidul Adha kepada seluruh pendokong dan pencinta keADILan khususnya dan seluruh umat Islam amnya.
Gema takbir kembali berkumandang sebagai tanda satu lagi kejayaan ummat dalam membuktikan kepatuhan Hamba kepada Al-Khaliq (Pencipta) nya. Aidil Adha atau juga disebut sebagai hari raya korban oleh masyarakat kita sebenarnya membawa pengertian yang sangat besar. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dalam peristiwa penyembelihan anaknya Ismail AS merupakan manifestasi kepada kepatuhan Hamba terhadap Tuhannya dan ketulusan Hamba dalam menunaikan janji terhadap Tuhannya.
Saya ingin mengajak seluruh rakyat untuk melihat dua mesej penting ini iaitu pengorbanan dan ketulusan menunai janji. Dua elemen ini amat penting dalam membina budaya bangsa untuk bangkit sebagai bangsa bermaruah dan dihormati.
Pengorbanan yang diajar dari peristiwa ini bukan hanya terbatas kepada korban haiwan ternak yang kita fahami tetapi kesanggupan dan kemampuan mengorbankan sesuatu yang kita sayangi dan rapat dengan kita, sesuatu yang sempurna tanpa cacat cela. Inilah yang diajarkan kepada seluruh umat dalam suasana bencana alam, bencana ekonomi, bencana budaya hedonisme yang teruk melanda Negara dan masyarakat hari ini. Setiap individu terutamanya pemimpin seharus dan semestinya mengorbankan sedikit kesenangan yang dianugerah Allah untuk membantu mereka yang memerlukannya dan ini merupakan asas kepada perpaduan dan kesejahteraan negara. Sikap tamak haloba, mementing diri dan kelompok dengan menafikan hak mereka yang berhak telah banyak mengundang bahana kepada umat. Sikap buruk inilah antara lain menjadi punca kepada kemiskinan yang melarat yang berakhir dengan peningkatan kadar jenayah yang dahsyat yang kadangkala tidak pernah terbayang oleh kita ianya boleh berlaku dalam Negara kita ini. Sehinggakan tiada tempat atau masa yang boleh dianggap selamat bagi rakyat melainkan sentiasa terdedah dengan jenayah. Inilah kesannya bila sang kaya lupa untuk mengorbankan sebahagian harta dan masanya untuk membantu yang memerlukan.
Pengajaran kedua adalah ketulusan dalam menunaikan janji yang dibuktikan dalam peristiwa pengorbanan Ibrahim AS ini harus menjadi budaya dalam masyarakat kita. Setiap kata mesti dikota. Allah mengherdik dan memurkai golongan yang tidak mengotakan apa yang dikata (Surah As-Saff 61:2-3). Apabila penipuan dan pembohongan mengakar dalam budaya hidup umat maka natijahnya adalah kemusnahan system nilai bangsa. Penipuan boleh berlaku dimana-mana hatta dimahkamah tempat yang paling diyakini kebenaran pun penuh dengan penipuan dan pembohongan. Hal ini seharusnya mengundang kebimbangan umat untuk melihat semula sistem dan amalan hidup masyarakat kita. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Justeru itu sempana Aidil Adha ini saya ingin menyeru ayuh kita berganding bahu membina budaya bekorban dan telus dalam berjanji mudah-mudahan Allah akan melimpahi rahmah dan barakahNya. Amin
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Ilham

0 Comments:
Post a Comment
<< Home