Angkatan Muda Buat Laporan Polis Terhadap KPN
KUALA LUMPUR - Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, S Manikavasagam membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan pada 28 November lalu atas kenyataan beliau mengenai isu rakaman video klip seorang wanita yang dipaksa berbogel ketika berada dalam tahanan.
Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 27 November bertajuk "Who Shot that video?", Musa mempertikaikan pegawai yang mengambil rakaman video klip itu. Menurut Manikavasagam, Musa tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana polit tidak mempunyai hak dengan sesuka hati memaksa seorang tahaan untuk berbogel.
"Apatah lagi tahanan tersebut merupakan seorang wanita dan perbuatan itu amat memalukan kerana menjatuhkan martabat seorang wanita bahkan menjatuhkan imej negara kita," kata Manikavasagam.
Beliau menambah, tindakan pihak polis itu juga telah melanggar hak asasi manusia.
Dalam laporan polisnya, Manikavasagam menyatakan bahawa Musa cuba melindungi pihak polis terbabit bahkan cuba mengambil tindakan terhadap pegawai yang mengambil rakaman tersebut dengan menggunakan alat telefon bimbit berkamera tanpa pengatahuan pihak berkuasa.
Manikvasagam juga memberitahu bajawa tindakan yang sewajarnya mesti diambil terhadap anggota polis wanita yang kelihatan dalam rakaman video tersebut yang dipercayai diambil di balai polis Petaling Jaya.
Manikavasagam juga meyebut Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Azam Abdul Halim kerana gagal mengawal keadaan pegawai-pegawainya sehingga sanggup membuat tindakan yang di luar batasan manusia.
Justeru, Angkatan Muda mendesak supaya Musa Hassan diambil tindakan undang-undang dan didakwa di mahkamah dengan segera.
Beliau telah meminta pihak polis mengambil tindakan yang swewajarnya terhadap semua anggota polis yang terlibat dalam perbuatan memaksa wanita itu berbogel sambil membuat ketuk-ketampi ketika berada dalam tahanan serta semua anggota polis yang cuba melindungi anggotanya dalam insiden tersebut.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home