SepangOnline

Sunday, October 02, 2005

Wan Azizah: Bajet 2005 Prihatin Tapi Tak Drastik

KUALA LUMPUR - YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ahli Parlimen Permatang Pauh dan Presiden Parti Keadilan Rakyat menyifatkan Bajet 2005 sebagai bajet yang prihatin tetapi tidak drastik.

"Keseluruhannya kita lihat Bajet 2005 mengambil kira semua tetapi tiada yang drastik," katanya diluar lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2005 Jumaat lepas.

Pada hari Khamis lalu, Barisan Alternatif membentangkan Bajet Alternatif 2005 yang mesra rakyat dan bertujuan memulihkan kuasa beli rakyat.
Bajet Alternatif 2005, yang dibentangkan oleh Datuk Kamarudin Jaafar, Setiausaha Agung PAS, dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pro-rakyat, pro-peniaga, pro-pertumbuhan dan pro-pengurusan kewangan awam yang berjimat cermat.

Bajet Alternatif mengekalkan subsidi petroleum yang ada sekarang. Datuk Kamarudin berkata, sekiranya subsidi tersebut ditarik secara mendadak, ia akan menimbulkan inflasi. Beliau berpendapat sekiranya kerajaan ingin mengurangkan subsidi ia mestilah dilaksanakan serentak dengan pelaburan tambahan dalam bahanapi bio dan peningkatan mutu pengangkutan awam.

BA juga mengusulkan agar cukai eksais kereta dikurangkan sebanyak 70%, memandangkan memiliki kereta bukan lagi kemewahan tetapi keperluan. "Tambahan pula pengangkutan awam kita amat teruk," kata Datuk Kamarudin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home