KERAJAAN HARUS PERJELAS PENGUNAAN RM 40 JUTA WANG RAKYAT YANG DIBAYAR KEPADA HERITAGE FOUNDATION
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
Parti keadilan Rakyat (keADILan)
No.75A, Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 603-5513 3416 Fax : 603-5512 9646
http ://www.partikeadilanrakyat.org
KENYATAAN MEDIA
11 JULAI 2005
Kerajaan Malaysia harus menjelaskan tindakan Kerajaan pada Februari lalu, melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membayar RM40 juta kepada Heritage Foundation, iaitu sebuah yayasan terdiri daripada para pelobi yang majoritinya Yahudi, bagi mengadakan hubungan dua hala antara pemimpin negara ini dengan pentadbiran Amerika Syarikat.
Akhbar Washington Post, sebelum ini mendedahkan pihak yang berkepentingan dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Malaysia telah membantu mengatur satu perjumpaan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AS George W. Bush, ketika hubungan dua hala kedua-dua negara di tahap kritikal.
Hubungan antara kedua negara telah bertukar menjadi hambar setelah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan serangan yang bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap Yahudi.
Perjumpaan pemimpin tersebut pada Mei 2002 begitu instrumental dalam memperbaiki hubungan dengan Washington.
Sebelum itu, Tun Dr Mahathir telah di’singa’kan di dalam negara kerana kritikannya yang pedas terhadap AS.
akhbar Hong Kong Standard baru – baru ini melaporkan Pertemuan Mahathir-Bush pada Mei 2002 itu, dibiayai kerajaan Malaysia berjumlah RM5.3 juta yang dibayar melalui US-Malaysia Exchange Foundation (USMEA) dan Belle Haven Consultants berpengkalan di Hong Kong yang dipengerusikan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob menggunakan platform Heritage Foundation (berpusat di AS).
Pendedahan itu juga telah disiarkan secara meluas di beberapa media antarabangsa yang lain.
Di fahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meperolehi laporan komprehensif mengenai perkara ini dan pihak Angkatan Muda Malaysia sedang berusaha mendapatkan salinannya.
Lebih memeranjatkan apabila pembayaran turut berlaku selepas Dr Mahathir bersara dari Perdanam Menteri. Pembayaran terakhir yang direkodkan telah dilakukan pada Febuari 2005 ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Kesemua jumlah pembayaran telah mencecah sejumlah RM40 juta dan dibayar melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Heritage Foundation.
Jadi persoalannya sejauh mana ketelusan pengurusan TNB membayar sejumlah wang tersebut untuk membayar kepada Heritage Foundation, apakah tujuannya dan apakah alasan pembayaran yang begitu besar.
Adakah pembayaran tersebut diketahui oleh Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ataupun bayaran tersebut merupakan arahan dari bekas perdana menteri semata – mata ?
Sehingga ke hari ini belum ada seorangpun pemimpin Umno atau pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri menafikan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Anwar berulang kali.
Ini merupakan pembaziran wang rakyat yang serius. Angkatan Muda Malaysia menuntut agar Perdana menteri abdullah hj ahmad badawi sendiri menjelaskan perkara ini.
Salam Reformasi
“ke arah memperkasakan kedaulatan rakyat”
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda Malaysia

0 Comments:
Post a Comment
<< Home