SepangOnline

Wednesday, July 13, 2005

ISU AP : ABDULLAH TERLALU LEMAH DAN TAKUTKAN MAHATHIR

--------------------------------------------------------------------------------

ANGKATAN MUDA MALAYSIA
Parti keadilan Rakyat (keADILan)
No.75A, Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 603-5513 3416 Fax : 603-5512 9646
http ://www.partikeadilanrakyat.org

KENYATAAN MEDIA

11 JULAI 2005

Semalam muka depan Mingguan Malaysia melaporkan mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Hj Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi yang menganggap isu berkenaan pertikaian pemberian AP mengimport kereta selesai.

Angkatan Muda menyifatkan laporan tersebut menggambarkan pentadbiran atau lebih tepat kepimpinan Abdullah yang benar - benar lemah. Ini kerana Abdullah menganggap isu itu selesai hanya apabila Datuk Seri Rafidah Aziz telah diarahkan oleh kabinet untuk menjawab isu AP itu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Penasihat Proton.

Isu AP merupakan isu melibatkan ekonomi negara. Rafidah selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), seharusnya bertanggungjawab kepada parlimen (baca; rakyat Malaysia) bukan kepada Dr. Mahathir. Beliau seharusnya mendedahkan dan memberi penjelasan mengenai pemilikan AP ini kepada Parlimen Malaysia.

Tindakan ini menunjukkan Mahathir masih menguasai negara dan Abdullah hilang kredibiliti sebagai Perdana Menteri.

Angkatan Muda sekali lagi * menyatakan pendirian menyeru Dr Mahathir agar berhenti sepenuhnya sebagaimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya dan pemimpin - pemimpin bermaruah dunia yang bersara. Gangguan seseorang dari luar kerajaan seperti bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir sebenarnya akan mewujudkan kekalutan pentadbiran yang bakal mengundang kemelut yang lebih menparahkan keadaan ekonomi yang kini sememangnya parah kerana kelemahan kepimpinan Abdullah dalam banyak hal.

Walaupun Dr. Mahathir telah bersara daripada jawatan pada oktober 2003 namum beliau masih menguasai beberapa kepentingan negara seperti Petronas, Proton, LADA dan banyak lagi secara langsung ataupun melalui kroni yang beliau lindungi selama berkuasa dahulu.

Abdullah seharusnya lebih berani dan bijak untuk membuat keputusan khususnya yang melibatkan kepentingan ekonomi demi menjaga kepentingan rakyat terbanyak.

Salam reformasi

“Ke arah memperkasakan kedaulatan rakyat”

Sharifah Shahida Kamaruzaman
Naib Ketua
Angkatan muda Malaysia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home