SepangOnline

Tuesday, May 03, 2005

Syed Husin Profesor Pelawat British Academy Di Universiti Cambridge, England.

3 Mei 2005 - Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, menerima hadiah British Academy untuk menjadi Profesor Pelawat di Universiti Cambridge. Selama sebulan di Cambridge beliau akan membuat penyelidikan dan mengurus seminar berkaitan dengan buku yang sedang disediakan. Beliau akan juga memberi seminar di University of Bath dan mungkin juga di London School of Economics and Political Science (LSE), Universiti London, di mana beliau menyelesaikan PhD pada tahun 1972.

Syed Husin mengajar di Universiti Malaya hampir 30 tahun, dan telah menjadi Profesor Pembangunan Sosial di Institut Pengajian Tinggi, kemudian Profesor merangkap Ketua di Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Dia telah diarahkan mengambil persaraan awal dan meningalkan Universiti pada tahun 1990, selepas dilantik sebagai Presiden Parti Rakyat Malaysia, kerana dianggap melanggor Akta Universiti dan Kolej Universiti, yang melarang kakitangan dan pelajar Universiti mengambil bahagian aktif dalam politik parti.
Syed Husin berangkat ke Cambridge pada 6 Mei. Beliau telah diberi cuti daripada tugas oleh Parti sehingga hujung Jun 2005. Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home