SepangOnline

Thursday, April 07, 2005

Apa jadi dengan siasatan BPR terhadap 18 VIP Rasuah?

Oleh Mohamad Ezam M Nor
6 Apr 2005

Angkatan Muda Keadilan (AMK) melihat reaksi luarbiasa terhadap laporan malaysiakini pada 1 April sebagai tindakan jijik dan petanda negara yang rosak. Mereka gagal melihat jenaka sebagai jenaka.
Juga hilang prioriti sama sekali. AMK juga hairan mengapa laporan polis AMK minggu lalu terhadap tindakan ‘racist’ Pemuda Umno menganjurkan Seminar Melayu Dalam Bahaya, langsung tidak mendapat reaksi Pejabat Peguam Negara.

Seminar tersebut jelas menakutkan Melayu dan memburukkan bangsa lain di negara ini. Ia sebenarnya cubaan untuk menutup rasuah pemimpin Melayu dengan memainkan sentimen kaum. AMK juga hairan mengapa badan politik dan NGO yang sibuk mengancam malaysiakini tetapi membisu apabila laporan polis dibuat terhadap pemimpin yang rasuah.

Mengapa tiada gesaan dibuat terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan? Apakah jenaka 1 April ini lebih serius daripada berbilion wang rakyat yang terlibat dalam rasuah pemimpin? Jelas sekali mereka hilang keutamaan dan menjadi lambang negara yang rosak.

AMK mendesak semua individu dan badan yang lantang dan serius dalam isu jenaka 1 April ini juga membuktikan mereka serius dalam persoalan lebih penting seperti rasuah. Untuk makluman mereka, tidak ada satupun daripada puluhan laporan polis yang dibuat membabit rasuah, telah disiasat dan mendapat perhatian Pejabat Peguam Negara.

Semuanya dipendam. AMK mencabar badan-badan ini supaya mendesak pihak berkuasa untuk menyatakan status laporan polis itu, semuanya, termasuk kisah 18 VIP yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.

Pertanyaan sila email penerangan_keadilan@yahoo.com atau hubungi Badrul Hisham Shaharin, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia 0163242564

0 Comments:

Post a Comment

<< Home