SepangOnline

Thursday, April 14, 2005

Anwar dianugerah Muslim Democrat Award oleh warga Islam Amerika

Thursday, April 14 @ 11:39:18 MYT


WASHINGTON, 14 April (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat atas usaha memperjuangkan demomkrasi dan kefahaman Islam.

Centre for the Study of Islam and Democracy (CSID), sebuah institut kefahaman Islam terpengaruh di Amerika akan menganugerahkan Muslim Democrat Award kepada beliau, lapor laman web Malaysia Today semalam.
Anwar dibebaskan 2 September lepas setelah enam tahun merengkok dalam penjara akibat fitnah dan konspirasi. Beliau kini menjadi pensyarah kehormat di universiti John Hopskin dan Oxford di Amerika dan England

"Anugerah ini diberi kepada individu yang menonjol dalam memperjuangkan demokrasi dalam dunia Islam, terutama bagi yang melalui keperitan dan kesulitan dalam usaha mempromosi demokrasi," kenyataan presiden CSID, Radwan Masmoudi dipetik.

"Anwar telah tanpa penat lelah menyokong kesuburan demokrasi sejak dari usia muda dan telah mempromosi kefahaman Islam moderat di Asia Tenggara," tambah Radwan.

Pingat tahunan itu akan dianugerahkan dalam satu majlis yang akan diadakan di Washington D.C akhir bulan ini.

- ER/zs

0 Comments:

Post a Comment

<< Home