Anwar beri ucaptama seminar antarabangsa di India, Qatar
WASHINGTON, 8 April (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama di seminar antarabangsa antara tamadun yang bermula di New Delhi hari ini. Seminar bertajuk The International Confercence On Inter-Civilisational Dialoque In Globalising World anjuran The Institue of Obejctive Studies, India akan berlangsung selama dua hari.
Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Manmohan Singh.
Adlin Zabri, pembantu peribadi Anwar berkata, mantan Timbalan Perdana Menteri itu adalah satu-satunya tokoh yang diberi ruang untuk memberi ucaptama di seminar itu.
"Selepas itu, pada hari kedua, Anwar juga akan mempengerusikan dialog dan diskusi mengenai The Challenges, Impediments and Prospects Relating to Inter-Civilizational. Ia diadakan di Freedom House (dewan rakyat)," kata Adlin.
Menurut Adlin lagi, Anwar kemudian akan berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadiri US-Muslim Forum 2005 anjuran Brookings Institute dan Kerajaan Qatar.
Beliau akan memberi ucapan mengenai pilihan raya dan sistem demokrasi dunia Islam yang akan dirasmikan oleh Emir Qatar.
Diskusi kemudiannya ialah mengenai isu Islam, dasar Amerika Syarikat dan masa depan dunia Islam. Ia akan dihadiri oleh cendekiawan Islam, penggubal dasar Amerika serta tokoh dari seluruh dunia.
"Anwar juga akan mengambil peluang mengadakan pertemuan dengan tokoh dunia perniagaan di rantau itu. Kalangan dunia Islam ingin meninjau pandangan beliau khususnya dasar Amerika dan isu aset usahawan Islam yang dibeku oleh kerajaan Amerika kerana peristiwa 9/11.
"Anwar yang sebelum ini adalah Pensyarah Kehormat di Oxford University, England kini menyandang jawatan sama di John Hopkins University di Washington," beritahu Adlin kepada Harakahdaily.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home