SepangOnline

Monday, April 11, 2005

5 kejadian berangkai apa tindakkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

5 kejadian berangkai apa tindakkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bermula dengan kematian 3 kanak-kanak yang lemas di sebuah hotel di Port Dickson, diikuti Mohd. Hazman Seh Zahidi, murid tahun tiga parah di serang anjing di Puchong, kemudian (2 April) kematian Musha Ali Zainal Abidin Musharuddin Mohamed, 6, lemas di sebuah hotel di putrajaya dan sebelum itu (27 Mac) seorang kanak-kanak, K. Rakiswaran, 9, pula diserang seekor anjing peliharaan jirannya dan menerima 20 lebih jahitan.

Terbaru pula 8 April lepas seorang wanita tua maut selepas koma tiga hari akibat terjatuh di atas jalan apabila dikejar anjing jirannya di Taman Murni, Batu 9, Cheras, kelmarin.

Mangsa, Chong Soo Moi, 60-an, mati di Hospital Pantai, Cheras kira-kira pukul 9.30 malam ini selepas dimasukkan ke hospital tersebut, Rabu lalu.

Biro Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Angkatan Muda Malaysia melihat serius 5 tragedi berangkai ini yang juga melibatkan kehilangan nyawa. Kami merakamkan takziah dan simpati kami kepada mangsa dan keluarga mangsa.
Angkatan Muda Malaysia menyesali kejadian itu. Kami menyifatkan tragedi ini merupakan tragedi yang boleh di elakkan jika kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan benar-benar bertanggung jawab dan serius dalam menjalankan amanah mereka.

Contohnya selepas kematian 3 kanak-kanak lemas di sebuah hotel di Port Dickson hampir semua pihak yang berkaitan mengeluarkan kenyataan yang terpamer di dada-dada akhbar betapa perlunya tempat-tempat rekreasi seperti di kolam renang awam dipertingkatkan taraf keselamatanya. Antara jaminannya ialah memastikan semua pengendali kolam renang perlu meletakkan penyelamat ketika beroperasi.

Namun, kenyataan mereka seolah seperti hanya cubaan mencuri glamour ketika isu itu panas ddiperkatakan kerana jelas kerana tidak ada tindakan yang diambil maka tidak sampai dua minggu selepas kejadian itu seorang kanak kanak 3 tahun pula dilaporkan lemas di sebuah hotel di Putrajaya pula dengan rentetan peristiwa yang hampir sama.

Contoh kedua ialah apabila Mohd. Hazman Seh Zahidi, murid tahun tiga parah di serang anjing di Pochong maka hampir semua termasuk wakil rakyat kawasan tersebut di lihat berebut untuk turut glamour mengeluarkan kenyataan. Majlis Perbandaran Sepang (MPS) turut cuba mencuri perhatian dengan melakukan kebiasaan pihak penguasa iaitu ’sudah terantuk baru terngadah’.

MPS telah dengan pantas menggerakkan sebuah syarikat swasta untuk melakukan kerja pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang mengenai lesen haiwan peliharaan di kawasan Puchong (tempat kejadian).
Tetapi malangnya Pihak Berkuasa Tempatan lain seolah tidak mempedulikan kejadian tersebut. Maka itu (27 Mac) seorang kanak-kanak, K. Rakiswaran, 9, pula diserang seekor anjing peliharaan jirannya dan menerima 20 lebih jahitan.

Terbaru pula 8 April lepas seorang wanita tua maut selepas koma tiga hari akibat terjatuh di atas jalan apabila dikejar anjing jirannya di Taman Murni, Batu 9, Cheras, kelmarin. Mangsa, Chong Soo Moi, 60-an, mati di Hospital Pantai, Cheras kira-kira pukul 9.30 malam ini selepas dimasukkan ke hospital tersebut, Rabu lalu.
Mengikut maklumat yang diperolehi berpuluh lagi Pihak Berkuasa Tempatan bukan sekadar tidak berjaya menguatkuasakan undang-undang berkenaan perlesenan haiwan perliharaan tetapi tidak ada langsung undang-undang berkaitan.

Sekali lagi Angkatan Muda Malaysia merakamkan rasa kesal kami terhadap pihak berkuasa khususnya Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan kerana traged-tragedi ini sebenarnya mampu dielakkan jika mereka benar benar menjalankan tanggungjawab mereka bukan hanya sekadar mencuri glamour di media ketika kejadian berlaku.

Berapa nyawa lagi bakal diancam dan berapa keluarga lagi akan kehilangan anggotanya ?

Reformasi ke arah kesejahteraan Rakyat.

Syed Nazaruddin Syed Aziz
Pengerusi Biro Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
syed_angkatanmuda@yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home