Memperkasa ekonomi ummah: Cabaran buat pimpinan
May 27, 2005
Kemiskinan merupakan fenomena yang kompleks. Selain daripada faktor objektif yang membantu ke arah kemiskinan seperti kekurangan modal dan kepakaran untuk berkembang, kehadiran faktor subjektif seperti nilai dan perangai negatif serta sikap kemasyarakatan yang tidak fleksibel juga menambahkan masalah tersebut. Hanya, sekiranya kita bersedia dan bersungguh-sungguh menghadapi faktor-faktor ini, jurang yang membezakan sebahagian ummah yang miskin ini dengan masyarakat global lain akan menjadi lebih luas. Ini merupakan situasi yang tidak boleh diterima memandangkan kekayaan semulajadi yang besar wujud di kalangan umat Islam secara keseluruhan.
Kini tibalah masa kita memikirkan masalah masyarakat Islam dengan jujur. Kita belum lagi mula berhadapan dengan isu penting yang mencabar ummah. Kita belum lagi menumpukan perhatian kepada usaha untuk mencipta kekayaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di negara Muslim yang begitu mundur. Orang Islam di kawasan Sahara Afrika dan beberapa kawasan di Asia adalah yang paling teruk dilanda kebuluran, penyakit dan kemiskinan yang melampau. Kita masih tidak berjaya mengumpulkan simpanan daripada negara-negara Islam yang kaya untuk disalurkan sebagai modal pembangunan ekonomi di negara-negara miskin.
Keadaan orang Islam yang paling miskin ini seharusnya menyedarkan kita. Di dalam kebanyakan negara Islam, kemiskian yang melampau ini menjadi satu kebiasaan di mana lebih dari satu bilion umat hidup hanya dengan kurang USD1 sehari. Jangka hayat 10% penduduk yang paling miskin juga 20 tahun kurang daripada 10% yang paling kaya.
Pembangunan sumber manusia di kebanyakan negara Islam juga kurang memuaskan. Lebih daripada 100 juta kanak-kanak tidak mendapat walaupun persekolahan asas. Di dalam beberapa negara, pendidikan kaum wanita juga diabaikan. Kebanyakan kegagalan pembangunan sumber manusia ini berdasarkan kekurangan pelaburan pendidikan dan latihan. Walaupun kita mempunyai modal yang mencukupi, kita tidak mampu memulakan proses pembangunan tanpa modal sumber manusia. Sesungguhnya pembangunan sumber manusia mampu menggantikan kekurangan modal fizikal.
Akan menjadi nilai moral yang tercemar kepada pucuk pimpinan ummah, sama ada secara politik atau intelektual, jika ia tidak boleh membantu mengurangkan kesengsaraan mereka. Apakah yang mungkin lebih penting dari memikirkan strategi untuk membina momentum membangunkan ekonomi negara Islam yang miskin? Proses mencipta kemewahan ini akan memberi harapan kepada berjuta orang Islam untuk keluar daripada kancah kemiskinan. Kepentingan situasi ini memerlukan kita sentiasa menumpukan minda kita kepada isu ini.
Menginsafi kemunduran ummah pembangunan ekonomi umat Islam perlu diperkasakan. Salah satu bentuk pembangunan ummah ialah melalui kekuatan perbankan Islam.Jika sistem perbankan Islam ingin berjaya, ia harus mampu bersaing di pasaran kewangan. Walaupun kita mempunyai agenda tersendiri untuk memenuhi keperluan Syariah, ini tidak bermaksud ia boleh menjadi alasan untuk kita bersifat tidak cekap, tidak fleksibel dan konservatif. Jika kita ingin menunjukkan Syariah yang bersifat dinamik, sistem perbankan yang berdasarkan Syariah ini juga harus mampu berubah secara positif mengikut aliran semasa di dalam sektor tersebut. Perbankan Islam harus bersaing dan menyediakan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan dan membina kekuatan di dalam pasaran kewangan.
Sememangnya kita boleh berbangga dengan kejayaan perbankan Islam. Kini terdapat lebih daripada 70 institusi kewangan Islam yang beroperasi di 45 negara. Usaha ketika berada di dalam kerajaan dahulu mewujudkan Bank Islam di negara ini, memberikan impak bukan sahaja menjadikan bank berkenaan sebagai entiti yang mantap dan berkembang tetapi sentiasa menerima permintaan dari bank konvensional untuk membuka kaunter Islam. Pengenalan bank bercirikan Islam ini membenarkan orang Islam membuat pilihan untuk memenuhi kehendak perbankan dan melakukan transaksi di dalam cara yang sesuai dengan keperluan Syariah.
Kejayaan ini, yang turut ditambah oleh sentimen keagamaan telah menggalakkan implementasi Syariah yang lebih luas serta penubuhan institusi yang memegang label Islam. Isu ini membawa kekeliruan dan harus difikirkan secara rasional. Keadilan, ketelusan (transparency) dan kecekapan adalah persoalan asas yang perlu dijawab. Malangnya, nilai-nilai ini tidak pernah diberi perhatian yang secukupnya sekarang sebaliknya lebih banyak yang berpolemik mengenai label dan perkara yang tidak substantif.
Namun, institusi-institusi yang tidak berlabelkan Islam ini tidak patut dibenci. Malah perkara pokok yang perlu dinilai ialah apakah sumbangannya kepada pembangunan ummah. Apa yang penting dalam menilai institusi-institusi ini adalah sama ada mereka memenuhi kepentingan dan kehendak ummah – iaitu untuk menghapuskan kemiskinan, menyediakan pekerjaan dan pelajaran dan secara amnya untuk memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan mereka.
Ini adalah cabaran yang menanti pimpinan bagi membuktikan iltizam mereka untuk menunaikan janji selama ini yang sentiasa meletakkan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
Dalam melaksanakan prinsip perbankan dan kewangan Islam, kita harus menjawab isu penting dan tidak terlalu ghairah membincangkan terminologi dan semantik semata-mata. Ahli bank Islam wajar memikirkan strategi dan rancangan untuk menggunakan sumber ummah. Dari segi ini, kita ingin melihat kerjasama di kalangan institusi kewangan Islam yang sedia ada. Ini akan membantu pergerakan modal dan juga kepakaran. Dengan penerimaan perbankan Islam, kita perlu melatih lebih ramai ahli profesional untuk menerajui industri perbankan Islam.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home