KeADILan PJS hantar memo ke MPPJ
Oleh: Helme Hanafi
PETALING JAYA: Masalah peniaga-peniaga tanpa lesen yang berniaga di sekitar jalan utama Taman Datoí Harun dan Taman Medan boleh diatasi sekiranya mereka ditempatkan di dalam bangunan Kompleks Pasar di Taman Datoí Harun.
Cadangan itu dikemukakan dalam memorandum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Petaling Jaya Selatan mengenai cadangan penyelesaian masalah yang dihadapi peniaga-peniaga terbabit kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada 14 Mei lalu.
Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah menyerahkan memorandum tersebut di Bangunan Menara MPPJ kepada pihak berkuasa tempatan itu yang diwakili Timbalan Setiausahanya Ahmat Mohayen Said.
Dalam memorandum tersebut, KeADILan beranggapan tindakan pihak MPPJ itu tidak menyelesaikan masalah kerana peniaga-peniaga tersebut tidak diberikan peluang untuk mendapat tempat perniagaan yang strategik dan menguntungkan.
“Oleh itu, KeADILan mahukan supaya pihak MPPJ menempatkan semua peniaga-peniagan tidak berlesan itu di dalam kompleks peniagaan sedia ada dengan penambahan prasarana dan kemudahan meletak kenderaan,” kata Sivarasa yang juga ketua KeADILan bahagian Petaling Jaya Selatan.
MPPJ juga diminta supaya membina kemudahan awam seperti klinik, bank, kedai telekom atau yang seumpamanya di sekitar kompleks berkenaan untuk menarik orang ramai ke situ.
Selain itu, KeADILan juga mahu MPPJ supaya mengadakan dialog bersama peniaga dari masa ke semasa untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan cara mengatasinya.
Ahmat Mohayen ketika menerima memorandum tersebut berkata, beliau mengalu-alukan langkah KeADILan menghantar memorandum tersebut dan berjanji akan meneliti cadangan-cadangan yang diberikan.
“Kami sedang berbincang dengan peniaga-peniaga dan akan mencari satu penyelesaian terbaik untuk menangani masalah yang timbul,î kata beliau yang mengakui kedudukan komplek tersebut tidak strategik.
Hadir sama dalam majlis penyerahan memorandum tersebut adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan Latheefa Koya dan wakil pihak peniaga.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home