SepangOnline

Wednesday, May 11, 2005

BBC World HardTalk Dengan Anwar Ibrahim Diganti Program Lain

Hari ini, menurut senarai program BBC World (yang boleh ditonton oleh pelanggan Astro di Malaysia), HARDTALK menemuramah Anwar Ibrahim. Program tersebut dijadualkan ditayangkan 6 kali di antara 10.30 pagi ini dan 5.30 pagi esok.

Malangnya, ulangan yang pertama (3.30 petang tadi) sudah diganti dengan program BBC yang lain, walaupun sebentar sebelum itu skrin TV menunjukkan program berikut sebagai HARDTALK - ANWAR IBRAHIM.

Ini bukan kali pertama Astro telah mengganti temuramah media antarabangsa dengan Anwar Ibrahim - pernah dilakukan juga apabila Anwar ditemuramah oleh CNN beberapa bulan yang lalu.

Sampai bila rakyat Malaysia hendak menunduk dan mengalah sahaja setiap kali diperbudak-budakkan macam ini?

Biar kita semua menyampaikan bantahan keras kepada Astro (boleh dilakukan melalui website Astro, “Contact Us” - lebih baik lagi, batalkan sahaja langganan kita.

Yang benar,

Animah Ferrar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home