Kenaikan harga: Kaum ibu terpaksa kerja lebih masa
Dipetik dari Malaysiakini.com
Muda Mohd Noor
Ramai kaum ibu kini terpaksa bekerja lebih masa kerana pendapatan sekarang tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian berikutan kenaikan harga barang, kata Naib Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sharifah Shahida Syed Kamaruzaman.
Katanya, keadaan tersebut telah memberi kesan tidak baik kerana para ibu berkenaan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama keluarga dan anak-anak.
“Peningkatan kos hidup tanpa peningkatan taraf hidup menyebabkan beban kewangan keluarga bertambah, khususnya yang berpendapatan sekitar RM1,000 sebulan,” katanya dalam memorandum kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Memorandum tersebut diserahkan pagi tadi, dan diterima oleh Setiausaha Politik Shahrizat, Abdul Razak Omar. Turut hadir ialah Ketua Penerangan Angkatan Muda, Badrul Hisham Shaharin dan beberapa pemimpin angkatan muda parti itu.
Menurut Sharifah Shahida, kaum ibu kini tersepit di antara tanggungjawab menguruskan keluarga dengan pendapatan yang terhad dan kos hidup yang meningkat.
Banteras rasuah
Oleh itu, katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu membuat satu kajian khas mengenai kesan kenaikan harga keperluan harian kepada kehidupan keluarga.
“Kami bimbang, dengan kenaikan kos sara hidup ini, taraf sosial keluarga akan merosot dan menyumbang kepada kejadian jenayah dan gejala sosial di kalangan remaja,” katanya lagi.
Menurutnya, setiap kali berlaku kenaikan, kerajaan cuba menghalalkannya dengan membandingkan harga di Malaysia dengan di negara lain “sedangkan perbandingan itu adalah tidak adil”.
“Sebagai contoh, harga ikan kembung beku di England ialah satu setengah pound dan harga ikan tersebut di negara kita ialah RM10 sekilogram. Tetapi adakah kadar upah penduduk England dan Malaysia sama?
“Dalam keadaan sekarang, bagaimana kita mahu membanteras rasuah, dalam keadaan terdesak siapa yang tidak gelap mata,” katanya.
‘Rumahku syurgaku’
Menurutnya, bagaimanakah suri rumah mahu menyahut seruan “rumahku syurgaku” - satu kempen kementerian berkenaan - apabila ibu bapa terpaksa bekerja bertungkus lumus untuk menampung perbelanjaan keluarga masing-masing.
Katanya, apabila keadaan ini berlaku, maka masa untuk bersama keluarga dan anak-anak menjadi terbatas dan sekaligus mengurangkan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak.
Sementara itu, Badrul Hisham pula berkata, Angkatan Muda mengajak masyarakat memandang serius masalah tersebut kerana ia memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat keseluruhannya.
“Perkara ini berlaku apabila kerajaan enggan bertanggungjawab terhadap subsidi minyak menyebabkan berlakunya kenaikan kadar tol, tambang pengangkutan awam hinggalah kepada barangan keperluan harian pengguna,” katanya.
Dalam pada itu katanya, Angkatan Muda sedang membuat kajian mengenai kesan sosial akibat kenaikan harga minyak untuk diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home