NOTA PERINGATAN untuk YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Peningkatan harga barang berikutan berikutan kenaikan petrol dan diesel menyebabkan golongan surirumah paling merasai kesannya. Ini kerana kebanyakan barang yang naik harga adalah barang yang berkaitan dengan keperluan asas rumah. Ini termasuk barang-barang dapur yang dibeli secara harian oleh golongan ibu atau suri rumah.
Peningkatan kos hidup tanpa peningkatan taraf hidup menyebabkan beban kewangan bertambah di dalam sesebuah keluarga. Ini pastilah juga menjejaskan pendapatan isi rumah yang sekarang ini hanyalah pada sekitar RM1000 per keluarga.
Bermula dari kenaikan tol, harga petrol dan diesel, kenaikan tambang teksi dan bas hinggalah kenaikan harga ikan, sayur dan barang-barang runcit. Kerajaan tidak boleh menyalahkan peniaga menaikkan harga barang-barang kerana mereka sebenarnya belajar dari kerajaan kita sendiri. Maka peniaga pun boleh berkata kalau di England harga ikan kembung beku ialah RM14 sekilo (dibahagi 7 menjadi 2 pound), di Malaysia pula harga ikan kembung segar hanya RM10.00 sekilo. Jadi harga ikan kita jauh lebih murah dari England.
Kerana itu, kami mendesak kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, membuat satu kajian khas untuk mengatasi masalah ini. Kebimbangan kami adalah dengan kenaikan kos sara diri, taraf sosial keluarga morosot dan akan menyumbang kepada kejadian jenayah dan masalah sosial dikalangan remaja.
Dalam keadaan sekarang bagaimana kita mahu membenteras rasuah. Dalam keadaan terdesak siapa yang tidak gelap mata sekiranya dihulurkan sejumlah wang di depan mata kecuali seseorang itu benar-benar kuat imannya.
Demikian juga bagaimana kita mahu menyahut seruan rumahku syurgaku apabila ibu bapa terpaksa bekerja bertungkus lumus dan bekerja lebih masa untuk mengisi periuk nasi masing-masing. Keluar pagi dan pulang lewat tengah malam. Bila masa mahu bermesra bersama keluarga dan bila masa mahu menyemak kerja sekolah anak-anak bahkan bayang anak pun tidak sempat tengok. Bagaimana keadaan anak-anak di rumah, dengan siapa mereka berkawan tak sempat diambil kira.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
Shahida Kamaruzaman
Pengerusi Biro Pembangunan Wanita
Angkatan Muda Malaysia

0 Comments:
Post a Comment
<< Home