Abdullah dan Najib hubungi Anwar, tetapi Mahathir gagal
Oleh Zulkifli Mohamed
zulkiflimohamed@gmail.com
KULIM - 22 Mei: Memang ada usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menghubungi dan menemui bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambaran sebenar dijelaskan oleh Pembantu Peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Azmin Ali, yang juga selaku Naib Presiden Keadilan kepada Malaysia Today, Isnin.
Azmin ketika ditemui di Mahkamah Majistret, Kulim, untuk menghadiri perbicaraan kes pengundi hantu pilihan raya kecil Lunas 2000, mengesahkan berita tersebut.
Malah, beliau turut menjelaskan Datuk Seri Anwar sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah, bagi membincangkan beberapa perkara demi kepentingan negara.
Menurut Azmin, memang ada usaha untuk membawa Dr Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar, khususnya pada 21 Feb 2005 ketika Mahathir turut berada di Oxford menghadiri pertemuan kecil dengan beberapa tokoh akademik.
“Sejurus selepas itu ada usaha daripada kroni-kroni beliau, iaitu sahabat baik Dr. Mahathir, Tan Sri Arumugam daripada General Electric Company (GEC) dan Usahawan Kamal Sidique, rakyat India yang mempunyai kerakyatan Britain,” katanya.
“Mereka telah menghubungi saya dan Datuk Seri Anwar untuk mengadakan pertemuan antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar. Namun, setelah kami berbincang, Datuk Seri Anwar merasakan tidak ada keperluan untuk mengadakan pertemuan tersebut dan beliau memberikan alasan tidak mahu mengkhianati ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan rakyat Malaysia," jelas Azmin.
Menurut Azmin, Anwar mengambil pendekatan untuk memaafkan Dr Mahathir secara peribadi dan terbuka dan beliau merasakan itu sudah cukup untuk menutup babak-babak yang lama.
Kata Azmin, jika Dr. Mahathir ingin bertemu Datuk Seri Anwar, ia perlu dibuat secara terbuka dan bukannya dalam keadaan yang sulit. Pertemuan itu juga mesti dimaklumkan lebih awal apakah tujuan pertemuan itu.
“Jika tujuannya untuk kepentingan politik beliau dan orang-orang tertentu, kita tidak mahu mencampurinya, tetapi jika pertemuan itu untuk beliau memohon maaf kita akan pertimbangkannya.
"Kita tidak mahu terperangkap sekali lagi dan diperkudakan oleh Dr Mahathir melalui pertemuan itu,” kata Azmin
Menjawab soalan apakah pernah berlaku pertemuan atau perhubungan telefon antara Datuk Seri Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib, Azmin menjelaskan, “Memang berlaku perbincangan (melalui telefon) antara Datuk Seri Anwar dengan Dato' Sri Najib, sekitar awal Februari iaitu sebelum permohonan Dr Mahathir untuk bertemu Datuk Seri Anwar.
Kata Azmin, Dato' Sri Najib telah menghubungi Datuk Seri Anwar dengan menghubunginya melalui telefon bimbit saya.
Menurutnya, beliau menghubungi nombor saya, melalui tokoh usahawan, Kamal Sidique, yang pada awalnya saya ingatkan beliau sendiri yang ingin bercakap dengan Datuk Seri Anwar.
Maknanya, Dr. Mahathir dan Dato' Sri Najib menggunakan orang yang sama dan jelaslah konspirasi antara mereka berdua, kata Azmin.
“Setelah saya menyerahkan telefon tersebut kepada Datuk Seri Anwar dengan andaian Kamal sendiri yang ingin berbicara dengan Datuk Seri Anwar, tetapi dalam beberapa saat kemudian Kamal telah menyerahkan telefon tersebut kepada Dato' Sri Najib,” jelas Azmin.
“Berlaku perbualan telefon yang ringkas. Saya berada di sisi beliau ketika itu. Datuk Seri Anwar dengan tegas memberitahu Dato' Sri Najib bahawa beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman Umno.”
Katanya lagi, memang ada beberapa perkara yang dibangkitkan, tetapi Datuk Seri Anwar dengan jelas dan tegas tidak berminat mencampuri urusan dalaman Umno kerana beliau bukan lagi ahli Umno dan tidak berminat untuk kembali kepada Umno.
Azmin menegaskan, Datuk Seri Anwar tidak berminat untuk bersekongkol dengan masalah dalaman Umno. Beliau menyatakan kepada Dato' Sri Najib bahawa beliau mempunyai agenda yang lebih besar untuk bersama gagasan parti-parti pembangkang.
“Apa masalah Umno yang dibangkitkan oleh Dato' Sri Najib, saya ingat itu kita tidak perlu dedahkannya,” kata Azmin.
Azmin turut menyangkal dakwaan bahawa Anwar akan kembali ke pangkuan Umno kerana hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badwi, ketika ini.
“Soal Anwar kembali kepada Umno semata-mata kerana ada perbualan telefon dan pertemuan dengan Abdullah, saya kira itu adalah andaian meleset,” jawab Azmin.
“Memang kita sentiasa kekalkan hubungan yang positif dengan Perdana Menteri, kerana dengan jelas Anwar menyebut beliau membawa politik baru - iaitu bukan politik permusuhan dan persengketaan tetapi politik perpaduan.”
“Maknanya, apa sahaja yang boleh beliau membantu Abdullah selaku Perdana Menteri, bukan Presiden Umno, beliau akan berikan bantuan dan nasihat,” jelas Azmin.
“Saya tidak mahu menyatakannya secara formal, tetapi memang kita berkongsi beberapa maklumat dengan Perdana Menteri dengan tujuan untuk bersama-sama melihat satu suasana lebih positif, kerajaan lebih bersih, ruang demokrasi yang lebih luas, dan dari masa ke semasa memang kita ada perhubungan dengan Perdana Menteri dan penasihat-penasihat beliau untuk memastikan pengalaman dan pandangan kita dikongsi bersama dalam perkara ini,” jelasnya ketika ditanya bentuk kerjasama yang diberikan Anwar.
Sebab itu, kata Azmin, Datuk Seri Anwar menyebut beliau tidak mahu bermain politik dengan mengadakan hubungan dengan orang lain. Bagaimanapun, beliau tetap terhutang budi kepada Perdana Menteri di atas pembebasannya.
“Beliau selalu menyebut banyak kali, kalau Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, belum tentu beliau dibebaskan. Sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah, kita bersedia untuk membantu beliau dalam projek, agenda dan program yang khusus,” jelasnya.
Menurut beliau, Datuk Seri Abdullah menyambut baik apa sahaja pandangan dan saranan Datuk Seri Anwar. Sebagai selaku Perdana Menteri, beliau sudah tentu mengambil sedikit masa untuk meneliti saranan tersebut, tetapi beliau tidak tolak dan beliau mengambil sikap terbuka untuk mendengar pandangan dan saranan kita. Saya kira ini satu permulaan yang baik untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan Perdana Menteri.
Maknanya, kata Azmin program-program khusus kerajaan, perangi rasuah, memperluaskan ruang demokrasi, hak asasi, ini semua isu-isu yang menjadi agenda utama Datuk Seri Anwar.
Maka apabila Perdana Menteri Abdullah mewar-warkan agenda yang sama, sudah tentulah kita akan mendokongnya, tidak boleh menolak idea yang baik ini. Inilah yang saya maksudkan kerjasama dengan Perdana Menteri.
“Datuk Seri Anwar menyebut yang beliau hendak membantu ialah Perdana Menteri, bukannya Presiden Umno, bukan parti. Itu kena jelas,” tegas Azmin.
Sementara itu, perbicaraan kes pengundi hantu pilihan raya kecil Lunas yang berlangsung sejak tahun 2000 ditangguh lagi pada 20 Jun. Perbicaraan pada hari itu ditangguhkan kerana Majistret berkenaan tidak hadir.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home