SepangOnline

Tuesday, May 10, 2005

Badrul Hisham Antara Ditahan Polis Tanpa Sebab

BALIK PULAU 10 Mei - Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bad) bersama Umar Tan dan Amizuddin Ahmad (Din Binjai) telah ditahan kereta polis ketika dalam perjalanan ke Bilik Gerakan Keadilan di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Badrul Hisham berada di Pulau Pinang untuk menjalankan misi Parlimen Angkat yang dianjurkan oleh Angkatan Muda dalam menyalurkan maklumat kepada beberapa kawasan parlimen yang telah dikenalpasti.

Kereta pacuan 4-roda mereka telah ditahan oleh kereta peronda polis di Teluk Kumbar. Kereta mereka dipotong dan diarahkan berhenti.

Selepas menyerahkan pengenalan diri atas arahan pihak polis, mereka diminta menyerahkan diri ke Balai Polis Balik Pulau, yakni Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Apabila ditanya mengapa mereka ditahan, anggota polis seramai 3 orang itu mengatakan bahawa mereka diarahkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) untuk berbuat demikian.



Gambar menunjukkan Badrul Hisham semasa tunjuk perasaan membantah lonjatan harga minyak di Kuala Lumpur pada 8 Mei 2005.

Sewaktu tiba di balai polis berkenaan, telah pun terdapat ramai pegawai-pegawai cawangan khas (SB) menunggu mereka.

Pegawai-pegawai polis tersebut mahu menggeledah kereta panduan Badrul Hisham tetapi gagal untuk medapatkan waran untuk berbuat demikian, atas permintaan Badrul sendiri.

Badrul dan rakan-rakan kerap kali bertanya apakah kesalahan mereka ditahan, tiada anggota yang dapat memberi sebarang jawapan selain daripada arahan IPK.

Oleh kerana desakan yang diberikan oleh Ketua Bahagian Balik Pulau, Dr Mansor Osman dan Ketua Angkatan Muda Balik Pulau, Syukri Ishak serta beberapa ahli Keadilan yang menunggu di luar Balai Polis, akhirnya Badrul, Umar Tan dan Din Binjai dilepaskan jam 12:30 tengah malam.

Keputusan untuk melepaskan mereka itu juga tidak mempunyai sebarang alasan.

Sungguhpun sudah tengah malam, Badrul tetap meneruskan program taklimat kepada Parlimen Angkat; Bahagian Balik Pulau bagi memenuhi misi beliau.

Badrul Hisham ketika dihubungi berkata, beliau percaya kejadian yang berlaku ke atasnya dan rakan-rakannya berpunca daripada ketakutan segolongan pihak atas tentang sikap pro-aktifnya yang sering mendedahkan kebobrokan Kerajaan sekarang.

Oleh itu, pihak tersebut telah cuba menggunakan anggota polis untuk mengganggu perjalanan mereka dengan harapan misi ini dapat digagalkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home