SepangOnline

Tuesday, May 03, 2005

497 Ditahan Kes Rasuah Sejak BPR Ditubuhkan: Bukti Abdullah Badawi Tidak Serius Perangi Rasuah

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, mengaggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen 13 April 2005 sewaktu menjawab soalan bertulis YB Tiong Thai King (BN-Lanang) bahawa 497 orang telah ditahan sejak Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan tidak dapat diterima oleh akal.
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu mengenai BPR yang ditubuhkan sejak 1961 dengan penggunaan Akta Pencegahan Rasuah 1961 dan kini Akta Pencegahan Rasuah 1997 membuktikan bahawa selama ini kerajaan UMNO / BN terus menutup kes-kes rasuah yang melibatkan tokoh-tokoh terntentu khususnya pimpinan UMNO / BN.
Biro Anti-Rasuah mendapati aduan rasuah selama ini kepada pihak BPR yang melibatkan tokoh-tokoh UMNO / BN tidak sedikit pun diambil sebarang tindakan kecuali pendakwaan terpilih. Peningkatan 46.6% tangkapan rasuah yang dilaksanakan BPR menunjukkan statistik tidak serius dan bersungguh-sungguh Abdullah dan kerajaan BN terhadap usaha memerangi rasuah.

Kami ingin mengimbas kembali kes rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik, kes rasuah Khir Toyo, laporan kenyataan Dato Shafie Yahya di mahkamah terhadap Dr Mahathir menghalang BPR menyiasat TanSri Ali Abul Hassan(bekas Ketua Pengarah UPEN), laporam-laporan rasuah oleh individu atau parti pembangkang sehingga sekarang sepi tanpa tindakan.

BPR seharusnya diberikan mandat seluas-luasnya tanpa diganggu oleh kuasa eksekutif. Selagi BPR berada di bawah telunjuk Jabatan Perdana Menteri, selagi itu perasuah akan terus dilindungi, diselamatkan atau diimunitikan sepertimana kenyataan oleh Naib ketua Pemuda UMNO dalam International Herald Tribune baru-baru ini. Biro Anti-Rasuah menuntut agar BPR diletakkan di bawah parlimen bukannya Jabatan Perdana Menteri dan badan ini diberikan kuasa, tugas dan tanggungjawab yang lebih efektif mencakupi aspek-aspek pendidikan, pencegahan serta penyiasatan secara menyeluruh. BPR juga mestilah diberikan untuk menjalankan siasatan dan mendakwa sesiapa sahaja yang disyaki melakukan rasuah. Fariz Musa, Ketua Biro Anti-Rasuah Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home