Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy
Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy
Saya diperingat berulangkali bahawa wacana ilmiah kurang menarik bagi majoriti pengunjung blog. Kendati begitu saya mohon kesabaran saudara-saudari untuk merenung sajenak himbauan saya mengenai wacana empat tokoh. Sesungguhnya islah dan reformasi akan hanya bermakna jika kita turut memantap ilmu dan memperkasa budaya.
………………………………
Bertempat di Villa Malafrasca
Ada kelainan dalam sesi menarik - wacana bersama Amartya Sen, Emma Rothchild, Michel Camdessus dan saya.
Amartya kini Prof Ekonomi di Harvard, terkenal dengan karya Development as Freedom dan Identity and Violence. Beliau juga adalah pemenang hadiah nobel (ekonomi). Emma adalah Profesor Sejarah dan Falsafah di Cambridge dan dianggap pakar mengenai pemikiran serta gagasan Adam Smith. Michel pernah bertugas sebagai Gabenor Bank Negara Perancis dan KP IMF. Dan Anwar…..suami Azizah..:)
Arakian sehari suntuk sejak 8 pagi hingga 4 ptg kami ngobrol serius menyinggung isu pembangunan, keadilan, kepercayaan dan agama, ilmu dan sejarah. Wacana yang amat menyegarkan dirakam sapenuhnya dan akan diterbitkan.
Perbahasan bermula dengan kami bergilir merumuskan isu kepercayaan -agama dan pembangunan, samada mampu mendorong pertumbuhan atau merobohkan asas tradisional.
Wacana tidak harus terbatas kapada kerangka pemikiran barat saperti faham demokrasi atau kebebasan menurut telunjuk pentadbiran Presiden Bush. Michel Camdesus menyorot kepada idealisme eropah diera pencerahan (enlightenment) dan renaisans. Saya menegaskan ramuan kepelbagaian, kebebasan dan tradisi keilmuan Islam sehingga berupaya memperkenalkan karya agung Yunani ke dunia Eropah, Convivencia di Andalusia yang melahirkan raksasa ilmu saperti Ibn Rush malah Maimonides, filasuf yahudi. Amartya Sen meninjau pengalaman Hindu dan Islam, India dan Cina yang berrencam tetapi memperkaya seandainya mampu menghindar aliran pelampau.
Sesi petang tertumpu kepada permasalahan ekonomi dengan tata tempang, kekuatan dan kelemahan WTO, IMF, Bank Dunia dan PBB. Semua ini dibahas dengan mengambil kira peranan nilai, akhlak dan etika. Khazanah dari pemikir dicambah dengan merujuk kepada Al-Ghazali dan Al-Biruni. Saya ulangi gesaan Muhammad Iqbal mengenai ijtihad. Amartya Sen merujuk kepada Asoka, Akbar, dan Al-Biruni. Beberapa prinsip asas berakar dalam tradisi lama dan harus dimekar menurut konteks semasa. Emma Rothchild merujuk kpd Adam Smith - an inquirt into the nature and causes of the wealth of nations. Berbeda dengan tafsiran tokoh ekonomi semasa, Adam Smith dalam karya tersebut dan dalam - the theory of moral sentiment menekankan aspek keadilan kesejahteraan rakyat terbanyak. Beliau menyanggah kecenderungan ketua gereja dan pemerintah yang mengongkong atau pedagang yang tamak, gelojoh dan menipu. Menurutnya:
Fear is in almost all cases a wretched instrument of government, and ought in particular, never to be employed against any order of men who have smallest pretensions of independency.
Kami merujuk juga kpd pendekatan sederhana - awsatuha - yang dikaitkan dengan tahap kefahaman bukan kedangkalan. Demikian pula menurut Emma Rothchild tatkala menukil hujah David Hume mengenai keupayaan ilmu mengasah kesederhanaan - mildness and moderation.
…………………………..
Di Badia Fiesolana -
5 ptg hingga 8 mlm - Teatro: Public Debate
European University Institute menghimpun ratusan sarjana dan pemerhati politik eropah untuk menyaksikan perdebatan 4 tokoh.
Saya turut terharu dengan penghormatan yang diberikan oleh mereka terutama kenyataan awal bicara oleh Amartya Sen dan Emma.
Perbingan lebih menjurus kepada dasar dan keganasan Amerika, kelompok fanatik Islam, kegagalan Eropah muncul sebagai gergasi ekonomi yang mempertahan keadilan.
…………………..
Kami ditempatkan di villa lama yang dibina di abad ke 14 milik Bartolomeo Diniccolo, seorang pemuka Florentine. Villa kemudian dipindah kepada Bartolomeo di Filippo Valori wakil Pope Clemente VII yang berjaya merampas Florence dalam tahun 1530, tetapi Valori dipancung dan villa kemudiannya dirampas.
Villa tua dengan pemandangan indah tanpa TV untuk memungkinkan wacana dilanjut hingga lewat malam. Bagi kami persekitaran menyegarkan. Tetapi buat anak muda, saperti pengalaman saya di Redhill menyebabkan anak saya Ihsan menyampuk “ya indah papa, old man’s paradise”. Oh..
Anwar Ibrahim
0 Comments:
Post a Comment
<< Home