SepangOnline

Wednesday, March 21, 2007

KEADILAN BERMINAT TANDING PILIHANRAYA KECIL MACHAP

machapvotePada masa Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) masih dalam perbincangan mengenai Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan berkata Partinya berminat dan bersedia untuk bertanding di kawasan tersebut.

"Kami berminat (untuk bertanding) di kerusi tersebut dan kita mengharap satu kemenangan buat Pembangkang."

"Sebagai tanda semangat perpaduan Pembangkang, kami akan terus berbincang dengan lebih mendalam bersama rakan-rakan Pembangkang," tambah beliau.


Beliau juga memberitahu bahawa Biro Politik KeADILan akan bermesyuarat pada malam ini untuk membincang langkah seterusnya.

Sejak seminggu yang lalu, media telah membuat spekulasi bahawa terdapat kemungkinan berlakunya pertandingan 3-penjuru.

"Saya yakin kami mampu untuk menyelesaikan apa juga isu yang masih memerlukan perbincangan secara baik agar calon terbaik dapat diletakkan bagi memberi satu pertandingan hebat melawan BN."

"Ini merupakan peluang keemasan bagi kami dalam memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti Pembangkang, menguji jentera dan membina momentum bagi Pilihan Raya Umum yang akan datang," tambah beliau lagi.

Wan Azizah juga yakin bahawa masyarakat awam mengharapkan sesuatu seumpama ini.

"Siapa juga calon yang dipersetujui, KeADILan akan memberi sokongan dalam memastikan kejayaan buat Pembangkang."

Wan Azizah memberitahu bahawa rakyat pada waktu ini dahagakan sebuah pilihan raya bebas dan adil.

Sebelum ini, Machap dikenali sebagai Bukit Sedanan.

Pada tahun 2004, Liou Chen Kuang (DAP) menang 1,285 undi tewas kepada mendiang Poh Ah Tiam dengan undi 5,847. Walaubagaimana pun, pada tahun 1999, Zamani Abdul Wahid (KeADILan) menerima 2,340 undi tewas kepada mendiang Poh yang menerima sebanyak 4,966.

(photo: Malaysiakini)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home