SepangOnline

Wednesday, March 21, 2007

KeADILan persoal perkembangan kesaksamaan gender

wawi

Ahli Parlimen (Permatang Pauh), Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutarakan soalan di Parlimen hari ini berkaitan dengan status dan hasil laporan Dasar Wanita Nasional yang dikeluarkan oleh sebuah firma konsultansi swasta di bawah arahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berdasarkan kepada jawapan Menteri tersebut di Parlimen pagi ini, laporan tersebut tidak boleh diterima dan laporan baru dijangka selesai pada Ogos tahun ini.

"Saya diberitahu bahawa firma konsultansi tersebut tidak mempunyai kepakaran untuk menjalankan projek sedemikian dan ahli-ahli NGO utama mengenai wanita tidak dipanggil dalam penyediaan awal laporan berkenaan," kata Dr Wan Azizah.


"Sekiranya Menteri menjalankan pemantauan dengan mendalam sebelum ini, hak wanita hari ini sekurang-kurangnya sudah begerak satu langkah ke hadapan, tidak ditangguhkan oleh sikap Kementerian yang lewa dalam memilih penasihat yang tidak berkelayakan."

Dr Wan Azizah menambah, isu gender patut diteruskan sebagai satu isu penting.

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Kementerian kepada Kumpulan Tindakan Bersama mengenai Kesaksamaan Gender awal bulan ini, beliau berkata, "Saya kecewa dengan wujudnya beberapa percubaan beberapa pihak untuk menghalang usaha-usaha masyarakat sivil dalam memperkenalkan Undang-undang Diskriminasi Gender".

Kementerian yang bertanggungjawab telah memberitahu NGO-NGO berkenaan bahawa tindakan anti-diskriminasi tidak diperlukan memandangkan Negara sudah mempunyai undang-undang bagi menghalang tindakan sedemikian.

"Undang-undang apa yang dimaksudkan untuk menghalang diskirminasi gender?"

Wan Azizan menambah, " Kita masih mempunyai kes-kes di mana pramugari diberhentikan kerja apabila mengambil keputusan untuk mempunyai lebih daripada dua anak. Kita tidak nampak halangan-halangan sedemikian diletakkan ke atas kaum lelaki."

Menurut Wan Azizah lagi, "Berdasarkkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, wanita dan kanak-kanak yang diseludup ditahan tetapi pihak yang menyeludup yang kebanyakannya lelaki, lepas daripada hukuman; dan ada juga kaum wanita yang melakukan kerja yang sama dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tetapi dibayar kurang."

Dr Wan Azizah berkata, persoalan seperti itu perlu sering diketengahkan memandangkan Malaysia sering dikritik hebat semasa Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Terhadap Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) tahun lalu.

"Sekiranya kita mahu menjadikan Malaysia sebagai pemimpin di Asia, maka kita mestilah sebelum itu menjadi contoh dalam bidang peerkembangan hak-hak wanita dan kesaksamaan gender di Negara kita sendiri."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home