SepangOnline

Wednesday, March 14, 2007

Tian Chua mahu pihak berkuasa pulangkan keretanya

Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan Parti Keadilan (KeADILan) Tian Chua akan ke Mahkamah Majistret Ampang esok untuk menuntut agar keretanya dipulangkan kembali kepada beliau

Kereta model Toyota Camry miliknya, disita sebagai bahan siasatan pada 7 Mac lepas, ekoran penahanan beliau, di atas tuduhan cubaan membunuh dalam operasi perobohan rumah di Kampung Berembang.

Tian Chua kemudian dilepaskan tanpa syarat pada 9 Mac lepas, bagaimanapun keretanya terus disita.

Tian Chua berkata, beliau akan mengemukakan surat dakwaan terhadap pihak yang melakukan tuduhan niat jahat terhadap beliau, dan tindakan undang-undang akan diambil dalam masa terdekat antaranya pihak polis, TV3 dan New Straits Times.

Sementara itu, dalam kenyataan media sebelum ini Presiden KeADILan Dr Wan Azizah berkata, tindakan menahan Tian Chua bermotif untuk mencemarkan imej beliau sebagai seorang aktivis yang membantu golongan tertindas.

"Selama ini Tian Chua sentiasa menentang keganasan dan memegang pada prinsip perjuangan secara aman," kata wan Azizah. - mr

0 Comments:

Post a Comment

<< Home