AMK Beri Masa Tiga Hari Buat Samy Dedah Perjanjian Tol
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Menteri Kerja Raya, Samy Vellu agar segera mendedahkan semua dokumen perjanjian tol lebuhraya sebagaimana yang telah dijanjikan olehnya. Samy tidak lagi perlu bermain dengan kata-kata untuk menutup kecurigaan yang berlegar berkaitan perjanjian konsesi tol lebuhraya dengan mengaitkan perjanjian tersebut kepada kabinet mahupun undang-undang Akta Rahsia Rasmi (OSA). Dua pendedahan berkaitan isi perjanjian Tol Lebuhraya Smart dan Lebuharaya Damansara Puchong (LDP), yang dibuat oleh AMK dan pimpinan pembangkang sebelum ini telah menyingkap sedikit sebanyak isi perjanjian yang jelas tidak memberikan keuntungan kepada rakyat mahupun kerajaan. Malangnya Samy Vellu sebagai Menteri Kerja Raya yang seharusnya bertanggungjawap atas isu yang dibangkitkan, tidak menjawap isu yang timbulkan. Sebaliknya beliau telah membuat ugutan melalui OSA dan juga mengelak soalan wartawan dengan mengaitkan keputusan kabinet atas persetujuan perjanjian. Pendedahan perjanjian tersebut amat penting untuk memastikan agar, proses "check & balance" benar-benar berlangsung dalam sistem demokrasi Malaysia. Malahan perjanjian tersebut melibatkan wang rakyat yang banyak -- dengan kewajipan mereka membayar tol setiap kali melalui lebuhraya. Dengan ini AMK mendesak agar pendedahan itu segera dibuat dalam masa 3 hari. Sekiranya kerajaan enggan menunaikan janjinya, AMK akan menghantar memorandum pada Selasa depan (20 Mac) ke pejabat Kementerian Kerja Raya. AMK juga menyeru agar rakyat hadir ke perhimpunan bantah kenaikan kadar tol anjuran Gabungan Protes Kenaikan Tol esok (18 Mac), jam 4 petang di USJ Subang Summit Square untuk menggesa kerajaan menjawab tuntutan rakyat. Shamsul Iskandar Md Akin Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home