SepangOnline

Monday, March 12, 2007

Cari maklumbalas rakyat mengenai kadar tol SMART

(12/3, KL) Naib Presiden KeADILan dan peguam R. Sivarasa katakan bahawa kerajaan harus bersikap telus dengan perjanjian tol SMART Tunnel dan kadar tol yang telah ditetapkan.

"Kerajaan tidak harus sembunyi di belakang OSA. Cara yang lebih 'SMART' atau pandai adalah untuk mengumumkan kadar tol dan mendapatkan maklumbalas dari rakyat biasa seperti pengguna kereta dan organisasi pengguna."

Sivarasa berkata sedemikian apabila memberi komen tentang kenyataan Menteri Kerja Raya Samy Vellu hari ini, yang menyuruh wartawan untuk bertanya kepada KeADILan untuk dapatkan butir-butir kadar tol. Menteri Kerja Raya belum lagi mengumumkan kadar tol tersebut.

Sivarasa juga berkata Menteri Kerja Raya harus tidak merajuk dan bersikap seperti kanak-kanak lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home