Selamat Tinggal Reformis Tulen – Umar Tan Abdullah 1953-2006
oleh Faisal Mustaffa
Pada minggu ini, satu lagi peristiwaa sedih berlaku kea as diriku apabila salah seorang sahabat baik pulang menemui Ilahi.
Allahyarham Umar Tan Abdullah telah selamat dikebimukan pada sekitar 11 malam di
Tanah Perkuburan Islam Teras Jernang di Bangi pada 4 November 2006.
Umar Tan atau nama asalnya Tan Soi Kow menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 4:50 pagi di Hospital Putrajaya kerana mengalami masalah jantung. Sesungguhnya, beliau adalah seorang yang penuh dengan rahsia.
Kali terakhir saya menemuinya ialah ketika sebelum Ramadhan di pejabat saya ketika saya sibuk menyiapkan notis MATB Kelana Jaya dan Abang Tan lah yang menawarkan dirinya untuk menyiapkan kerja saya – tanpa sebarang bayaran.
Dia adalah sahabat yang sering menemani saya menjalani rawatan akupunktu bersama Dr Nasir Hashim. Saya pernah juga bertanya apakah keputusan pemeriksaan kesihatannya, tetapi Tan (atau saya sering memanggil dengan panggilan Abang Tan – nama yang dibahasakan dirinya) sering mengalih topik perbincangan.
Ketika berada di Suara Keadilan, Abang Tan lah yang tidak pernah berkira dalam pekerjaannya. Dia salah seorang yang sering menemani saya minum petang selepas penat bekerja dan kami saling menemani sesama sendiri ketika berbuka puasa seblum memulakan kerja semula.
Dalam setiap siri demonstrasi yang kami jalankan, Umar Tan tidak pernah mengeluh, sungguhpun dalam satu-satu perhimpunan hanya beberapa kerat sahaja yang datang.
Dalam satu perhimpunan membantah kenaikan tol di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, tidak lebih daripada 10 orang yang berkumpul tetapi Abang Tan lah yang memanjat jejantas untuk menggantung kain rentang selepas kami bersurai.
Abang Tan juga lah yang sering mengikuti saya dalam program-program solidariti terhadap rakyat Burma dan membebaskan Aung San Suu Kyi.
Dialah yang saya boleh kategorikan sebagai seorang sosialis yang meletakkan hak individu itu kepada tahap terpenting dan meletakkan keselamatan dirinya pada tahap terakhir.
Dalam perhimpunan yang berhadapan dengan keganasan polis, Abang Tan lah yang selalu menyerahkan diri beliau untuk ditahan – hanya untuk mengelakkan daripada pihak polis bertindak kasar.
Dalam urusan pengkebumian, ramai teman-teman yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuk Presiden dan Naib-naib Presiden. Tidak kurang juga aktivis-aktivis sosial dan para wartawan bebas juga hadir untuk melihat beliau pergi meninggalkan kita semua. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Apabila mendapat berita tersebut, saya kira selain Abang Nasir Isa, sayalah orang yang paling sedih melihatkannya pergi. Tetapi, ramai juga yang berperasaan begitu sehingga rumah Pak lang penuh sesak. Tian Chua terisak-isak menangis dan Nasir Isa cuba untuk mengelak daripada kesedihan,
Ketika program Parlimen Angkat Angkatan Muda 10 Mei tahun lalu, Abang Tan bersama Din Binjai dan Chegu Bard ditahan kereta polis ketika dalam perjalanan ke Bilik Gerakan Keadilan di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Saya mendapat berita tersebut terus dengan tiba-tiba berasa marah dan memainkan peranan untuk menghebahkan penahanan tersebut kesemua pihak berwajib sungguhpun terjadi pada jam 11 malam.
Arwah ketika ditemui selepas dilepaskan, sungguh tidak ’melenting’ atau marah tetapi sering berkata bahawa”itu kerja polis dan kita mesti teruskan kerja kita.”
James Wong menganggap bahawa Umar Tan sebagai seorang yang insan yang mempunyai deria membakar demi keadilan.
Beliau melepaskan kerjanya sebagai tukang masak yang mempunyai gaji tetap untuk terus berjuang dalam gerakan reformasi dan terus komited sejak tahun 1998.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan diletakkan bersama golongan yang beriman.
Selamat Tinggal Abang Tan, Selamat Tinggal Sahabatku – al-Fatihah

0 Comments:
Post a Comment
<< Home