SepangOnline

Thursday, November 02, 2006

Al Fatihah - Sdr Omar Tan Pulang Ke Rahmatullah

Khamis, 02 November 2006

Aktivis dan penggerak gerakan reformasi KeADILan Wilayah Persekutuan, Omar Tan Abdullah meninggal dunia pada pukul 4.50 pagi di Hospital Putrajaya hari ini akibat sakit jantung.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai "Ah Tan" adalah sebagai seorang reformis yang berdedikasi dan tekad memperjuangkan perbaharuan politik tanahair. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jenazah beliau akan diuruskan di rumah Pak Lang Keadilan malam ini di alamat berikut :

13501, Persiaran Rahmat
Jalan Rahmat 1
Kg Teras Jernang
Bangi

Sebagai panduan arah ke rumah Pak Lang Keadilan, selepas melepasi tol Bangi, jalan terus ke bulatan jalanraya dan belok ke sebelah kanan. Bendera putih akan dicacak sebagai penunjuk arah.

Antara pemimpin-pemimpin parti yang hadir menziarahi jenazah beliau adalah presiden Parti KeADILan Rakyat, Datin Dr Wan Azizah, Datuk Kamarul Bahrin (Setiausaha Agung), Sdr Azmin Ali (Naib Presiden), Dr Xavier Jeyakumar (Timb Setiausaha Agung), Sdr Shamsul Iskandar (Ketua Angkatan Muda) dan Sdr SD Johari (Setiausaha Angkatan Muda).

Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Bangi Lama selepas Isyak malam ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home