SepangOnline

Saturday, November 04, 2006

Ahli baru keADILan dipercayai dibunuh di dalam lokap

Oleh: Faisal Mustaffa

KUALA KUBU BHARU: Ahli keADILan yang baru menyertai parti itu dalam majlis besar-besaran yang diadakan di Hulu Selangor dua bulan lalu mati dalam keadaan yang mencurigakan selepas mangsa dipanggil ke Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung untuk disoalsiasat.

Suresh a/l Kunasegaran, 26 yang didapati mati dalam lokap wanita di Balai Polis dikatakan menggantungkan dirinya dengan menggunakan kain saree.

Menurut salah seorang saksi yang melihat tangkapan tersebut, mendiang Suresh ketika ditangkap dalam kebingungan bertanya apa salahnya, anggota polis yang tidak berpakaian seragam yang dikenali sebagai Maniam menjawab mendiang merupakan suspek dalam kes polis yang tidak dinyatakan dan perlu dibawa ke Balai Polis untuk disoalsiasat.

Ahli keluarga terkejut apabila diberitahu oleh pihak polis pada tengah malam hari yang sama Suresh telah mati dalam keadaan kain saree terikat di sekeliling leher mendiang di dalam lokap wanita.

Ibubapa mangsa telah membuat laporan polis atas kejadian tersebut.

Pada 1 November lalu, keADILan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Jerai, Kalai Vanar telah membawa seramai 304 penyokong dan rakan-rakan yang simpati dengan kemalangan tersebut untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara agar pihak polis di peringkat tertinggi meneyiasat kes kematian tersebut.

Kala Vanar juga telah membawa kes ini ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada hari yang sama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home