SepangOnline

Saturday, November 04, 2006


PERDANA MENTERI TIDAK KOMITED BERSIH NAMA
By Ezam Mohd Nor- Laman M@RHAEN
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) ingin melahirkan rasa kecewa di atas kenyataan Perdana Menteri berhubung Laporan Polis yang dibuat oleh GERAK Rabu lalu (1 Nov) dalam sidang media selepas mesyuarat MT UMNO semalam. Sebagai seorang Perdana Menteri yang berazam untuk melahirkan kerajaan yang telus dan anti Rasuah beliau seharusnya mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa beliau benar – benar serius dan komited dalam agendanya untuk membenteras rasuah.


Malangya kenyataan beliau semalam jelas memperlihatkan sikap beliau yang tidak komited, tidak berani dan tidak mempunyai moral tinggi untuk membuktikan beliau benar - benar seorang Perdana Menteri yang bersih.

Kebelakangan ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali mendakwa Abdullah menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri untuk memperkayakan anak dan keluarga. Beliau seharusnya menggunakan Laporan Polis yang dibuat GERAK untuk membuktikan Dr. Mahathir salah dengan mengarahkan pihak polis untuk menyiasat secara telus dakwaan – dakwaan yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir yang sebahagianya terdapat dalam laporan polis yang dibuat..

Abdullah juga seharusnya menyahut cabaran untuk beliau mengisytiharkan aset keluarganya. Beliau mesti membuktikan dakwaan bahawa anak beliau mengaut kekayaan jauh berlipat ganda dari apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir kepada anak – anak beliau dalam masa 3 tahun awal berkuasa adalah tidak benar.

GERAK ingin sekali lagi mengingatkan pihak berkuasa agar segera menyiasat laporan polis tersebut demi kepentingan seluruh rakyat di negara ini.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR
PENGERUSI GERAK

RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA.


salinan kenyataan PM :
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/3/nation/15911635&sec=nation

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm.

Web site : www.GerakMalaysia.org email : gerakmalaysia@gmail.com
+603-7804-9632/4962 (Tel)
+603-7803-9423 (Fax)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home