Selaran Khairy Kepada Anwar Untuk Menutup Kelemahan dan Kontroversi Angkatan Muda KeADILan (AMK) melahirkan rasa dukacita dengan serangan yang dibuat oleh Khairy Jamaludin kepada Anwar Ibrahim dalam sesi pengulungan Persidangan Pemuda Umno.
Naib Ketua AMK, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman mengujar bahawa kecaman Khairy terhadap Anwar sebagai pengkhianat orang Melayu sebenarnya usaha menutup untuk kontroversi dan spekulasi yang menyelubungi dirinya serta Perdana Menteri, Abdullah Badawi.
Kata Sharifah, Anwar sepanjang penglibatan dalam UMNO tidak pernah membenarkan dirinya dikaitan dengan sebarang syarikat besar seperti ECM Libra dan Scomi yang dipertikaikan ketelusanya ketika memperoleh dana dan projek kerajaan. "Dalam usaha membanteras rasuah juga, Anwar menunjukkan tekadnya semasa dua bulan memangku kerusi Perdana Menteri dengan meminda Akta Rasuah." "Sebaliknya setelah tiga tahun kepimpinan Abdullah ternyata imej rasuah Malaysia semakin kotor, dibuktikan dengan laporan dan kajian yang dibuat oleh agensi antarabangsa, Transparency International (TI) baru-baru ini."
Tambahnya, rekod Anwar juga semasa menjadi menteri kewangan masih jauh dari gapaian kepimpinan sekarang yang masih bergelut dalam usaha memantapkan kepercayaan pelabur untuk datang ke Malaysia.
"Segalanya tergambar kerana sehingga kini Anwar masih dipanggil dan dijemput untuk membincangkan persoalan ekonomi-politik dunia serta menjadi penasihat kepada kerajaan, syarikat dan agensi dunia," katanya lagi.
AMK menyeru agar Khairy membuka pintu untuk disiasat secara telus oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas kecurigaan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak di negara ini, dan bukan dengan memacu politik perkauman serta dan menuduh orang lain mengkhianati perjuangan membela bangsa melayu. |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home