Temuramah dengan President KeADILan
Oleh Roy Rasul, Harakah
DATIN SERI Dr Wan Azizah Wan Ismail, 53, kelihatan mudah diajak berbicara soal politik tetapi nampak lebih selesa berbual secara santai tentang kehidupan sehariannya.
Jumaat, 15 September, di kediamannya, di Bukit Damansara, jam 11 pagi, dengan berkebaya sulam labuh dan berbunga biru lembut serta bertudung kuning cair, isteri bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyambut kami penuh mesra.
Bersama sepinggan kuih badak dan seteko teh yang dihidangkan, Wan Azizah mulanya agak malu-malu, bahkan beristighfar panjang, apabila kami mengajukan soalan berhubung penampilan dirinya yang dilihat berseri dan muda daripada umurnya.
Bagaimana boleh mengekal penampilan diri yakni fizikal dan mental agar sentiasa cantik; ada rahsia?
(Terus beristighfar) Tak ada rahsia. Saya rasa kita kena kekalkan kecantikan itu sebagai satu ibadah untuk diri kita sendiri, bagi mensyukuri apa yang Allah anugerah. Yang penting sentiasa bersyukur. Setiap kali melihat cermin mohon doa iaitu cantik rupa dan cantik perangai.
Apabila makan, dalam hadis ada menyebut jangan terlalu kenyang, maksudnya satu pertiga saja untuk makan, minum dan kosongkan perut. Ini yang saya amalkan dan saya cubalah tapi kalau sedap terlajak juga (ketawa).
Pergi gimnasium atau spa?
Tak ada, sebelum peritiwa 1998 (suaminya dipecat sebagai TPM), sebelum tidur saya buat senaman ringan kerana saya berumur dan anak pun ramai, tak lama cuma lima minit. Buat pun dalam bilik, nanti orang tengok tak elok.
Selepas tragedi 1998, dah tak buat, malas. Mungkin stamina ok, dan kalau diteruskan mungkin lagi baik tapi sekarang saya malas.
Paling tinggi berat badan berapa?
Waktu mengandung saja berat naik selepas itu 52 kilogram.
Pergi buat rawatan muka?
Kadang-kadang, masa belum kahwin tak pernah, cuma pakai pelembab muka bayi losyen sejak belajar. Murah.
Sebagai isteri orang kenamaan, apakah mendapat dorongan dari suami bagi penampilan diri? (b)
Dia sibuk mana dia tahu, saya pakai apa pun dia tak kisah. Sampai satu hari itu saya potong rambut dan tayang kepadanya, dia tak ingat rambut yang saya potong itu.
Guna khidmat perunding imej?
Tiada, tapi dulu masa dalam Bakti, bersama isteri-isteri menteri, memang ada kursus khas, contohnya cara duduk dan sebagainya. Itu sajalah. Lepas itu ingatlah sampai sekarang.
Bagaimana dengan fesyen?
Macam iniah tapi saya suka baju kerawang (sambil membelek bajunya) dan bajunya labuh dan pakai sampai koyak.
Pergi butik?
Yang mahal-mahal ke Butik Ang Eng dan kalau murah ke butik yang tidak terkenal saja. Lagipun Ang Eng bagi harga lama sebab saya sudah bertahun-tahun dengan dia.
Bagaimanapun bila peristiwa 1998 saya pakai yang lama saja. Masa jadi isteri TPM adalah tempah, jadi saya pakai yang itu sehingga kawan saya kata, "boringlah Wan, I nampak you dah berkali-kali pakai baju yang sama".
Bagi saya tidak kisah apa orang nak kata sebab baju itu masih elok. Pernah ketika saya pergi satu majlis kenduri, isteri Menteri Pertanian (Tan Sri Muhyiddin Yasin) menyapa bahawa saya pakai baju 20 tahun yang lalu. Dia yang ingat sebab dulu kami beli kain itu sama-sama dan dia pun ada macam itu.
Itu menunjukkan saya pakai baju 20 tahun lalu. Saya suka pakai baju kurung dan kebaya. Ini kerana menutup aurat dan menampil imej Melayu, moden dan menepati kehendak agama.
Selalunya ke Parlimen memakai blazer sama dengan baju.
Itu pun collections dulu, di mana kadang-kadang saya beli di luar negara. Kasut pun saya baru beli, di Melaka dengan diskaun 40 peratus, harga RM70, okeylah itu.
Suka kasut berjenama?
Ada juga, yang lama-lama adalah, lepas itu tak ada jenama. Saya tak pilih jenama tapi kalau yang berjenama tu, orang toleh sikit. Saya pun pernah pergi Petaling Street. Masa suami masih TPM, sampai seorang peniaga Cina di situ bagi satu beg, kononnya berjenamalah. Ketika saya di airport, ia berbunyi kuat, maknanya jenama tipu. Anak saya tidak mahu bawa, malu katanya!
Bagaimana dengan aksesori?
Ada yang dihadiahkan dan ada yang saya beli dengan duit sendiri kerana dulu saya bekerja. Tapi sekarang ini tak adalah sebab duit saya banyak diperuntukkan kepada kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Suka bershoping bersama suami?
Dia tak suka, seingat saya selama berkahwin cuma dua kali pergi pasar bersama.
Hobi?
Suka masak. Dulu saya suka buat kek.
Bagaimana sambutan Ramadan nanti?
Anak yang kecil ada kat sini, bersama dialah, dan empat yang lain serta suami menyambut puasa di Amerika Syarikat. Lagipun saya sudah biasa sejak suami di penjara lagi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home