SepangOnline

Tuesday, October 10, 2006

Kaum India Terus Sertai KeADILan

Kaum India Terus Beramai-Ramai Menyertai KeADILan

Amir Sari

Penyertaan secara beramai-ramai kaum India ke dalam Parti Keadilan Rakyat semakin rancak sekaligus membuktikan penambahkan minat rakyat kepada politik pelbagai kaum yang matang dan toleren sebagaimana yang digagaskan oleh gerakan Reformasi dan KeADILan.

Pada 29 September lalu seramai hampir 1000 orang kaum India telah menyerahkan borang keahliaan ke Parti Keadilan Rakyat di kawasan Hulu Selangor.

Penyertaan tersebut adalah lanjutan daripada penyertaan seramai 2000 dikalangan kaum muda dan professional India yang telah menyertai keADILan di Hotel Istana Kuala Lumpur berserta dengan kemasukan ahli perniagaan dan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, Dato`Nalakarupan pada pertengahan Ogos lalu.

Dalam majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 400 orang itu, Saudara Mano wakil penduduk dikawasan Rawang, Bukit Beruntung dan Serendah telah menyerahkan borang keahlian kepada Dato` Nala Karupan.

Turut hadir dalam program tersebut Saudara Nasharudin, Naib Ketua Bahagian Hulu Selangor, Krisnasamy Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor, Saudara Kalaivanar Ketua bahagian Yan dan Amirudin Shari, Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Dato` Nalakarupan, yang ditemui selepas majlis tersebut turut memberitahu seramai 3000 orang dari keturunan India lagi akan menyertai Keadilan di negeri Perak pada 8 Oktober 2006 yang melibatkan bahagian Sungai Siput, Bagan Datoh dan Setiawan.

“selepas ini saya agak sibuk kerana jemputan untuk saya menemui masyarakat India tidak putus-putus. Masyrakat India seluruh negara sekarang begitu ramai berminat dan menyatakan kesediaan untuk menyertai KeADILan.”

Dalam ucapan di majlis tersebut Nalla yang pernah ditahan semasa kes pemecatan Anwar Ibrahim telah menyeru kaum India agar meninggalkan perjuangan MIC yang telah lapuk dan ditelan zaman serta terbukti gagal meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat India terbanyak.

“Parti Keadilan yang dipimpin oleh Dato` seri Anwar Ibrahim ternyata lebih realistik dengan menawarkan politik pelbagai kaum dan membela semua rakyat Malaysia tanpa kekangan dan prejudis rasis, seperti amalan Barisan Nasional” kata Nala.

Mengulas lanjut Nalla menyatakan keyakinanya dapat membawa masuk 100,000 ahli dikalangan masyarakat India sebelum pilihanraya ke 12 yang dijangkakan berlangsung pada akhir tahun 2007 atau 2008.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home