Pembaharuan perlu berasaskan akidah dan akhlak: Anwar
Oleh Zulkifli Mohamed
PULAU PINANG: Pembaharuan menyeluruh yang diperjuangkan tidak akan bermakna tanpa asas pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak yang baik kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.
Konsep tarbiah pendidikan Islam perlu dimulakan dengan penyempurnaan adab yang seterusnya akan melahirkan masyarakat bertamadun.
Katanya tanpa asas ini biarpun disogok dengan slogan baru apa sekalipun sama ada dalam pembaharuan politik, sosial, ekonomi atau pendidikan, ia akan tetap berkecamuk seperti sekarang.
“Pemimpin boleh berganti, yang lama ganti yang baru tetapi ia tetap akan jadi haru-biru juga,” katanya pada majlis tazkirah Ramadhan di Maahad Dakwah Islamiyah, di Tasek Gelugor di sini, 6 Oktober lalu.
Tambahnya generasi masyarakat Islam perlu dibentuk berlandaskan asas al-Quran dan sunnah Rasullah S.A.W.
Generasi ini katanya, akan membentuk komuniti yang boleh menilai perkara yang benar dan palsu, yang hak dan yang batil, dan tidak akan mengikut perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia tanpa prinsip dan landasan keadilan dan kebenaran.
Sehubungan itu, jelasnya masyarakat Islam di negara ini perlu cemerlang mengikut landasan perjuangan berdasarkan prinsip hidup yang betul.
Menurutnya kecemerlangan itu dapat dinilai dari sudut penghayatan, keupayaan masyarakat membawa perubahan dalam keluarganya, masyarakat dan negara.
Berikutan itu, tindakan kerajaan menghalang bekas Mufti Selangor menyampaikan kuliah agama dengan alasan tiada tauliah dan menolak pandangan Mufti Perak disifatkannya sebagai tindakan menghina ilmu.
“Apabila masyarakat menghina ilmu, itu petanda masyarakat itu mulai lemah. Inilah yang berlaku dalam negara kita, dulu pun macam itu sekarang inipun macam itu,” ujarnya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home