RM4.5 Juta Tidak Sekat Kebebasan Media: Anwar
Jenjawi - Pembayaran kos gantiugi RM4.5 juta oleh penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh jadi PM" pada 18 Ogos lalu tidak boleh dianggap menghalang kebebasan bersuara sebaliknaya kes ini berkaitan dengan fitnah.
Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Kebebasan Kewartawanan (CIJ) mengeluarkan kenyataan pada 22 Ogos lepas menyatakan kebimbangan mereka terhadap kebeasan bersuara di negara ini apabila keputusan mengarahkan Khalid Jafri membayar gantirugi yang dianggap sejumlah wang yang besar.
Menurut CIJ, ia akan mewujudkan satu budaya yang takut, tidak mahu membuat pendedahan dan menggugat kebebasan bersuara.
"Walaubagaimanapun, kami menyambut baik keputusan mahkamah yang membetulkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini, proses membetulkan perbuatan fitnah dan menghukum seseorang dengan sejumlah kos yang sejajar dengan kesalahan yang dilakukan, seperti yang dinyatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos 2003," kata Pengarah CIJ, Sonia Randhawa.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato¹ Mohd Hishamudin Mohd Yunus memerintahkan Khalid Jafri membayar gantirugi berjumlah RM4.5 juta, daripada jumlah RM6.5 juta yang dituntut Anwar.
8 Julai lalu, Khalid dihukum setahun penjara oleh Hakim Mahkamah Seksyen Ampang, Mohamed Saman kerana menulis maklumat palsu dalam buku tersebut yang membawa peristiwa pemecatan Anwar September 1998.
Hakim berkata kes tersebut adalah serius di mana ia melibatkan fitnah, kehilangan maruah dan pendapatan Anwar dan keluarganya.
Menurut CIJ, caj yang melampau itu juga dilihatkan sebagai satu indikmen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) terhadap Malaysia pada tahun 1999 yang menyokong kebebasan bersuara.
Oleh itu, CIJ menyeru agar penilaian-penilaian semula dibuat kepada Akta Hasutan 1957, undang-undang yang boleh seseorang dianggap menghina mahkamah.
Ketika ditemui semasa ceramah yang dihadiri oleh Anwar di sini, sejak dari dahulu lagi beliau menyokong hak bersuara dan memberi pendapat.
"Tetapi kita mesti mampu membezakan kebebasan bersuara dengan fitnah yang merosakkan reputasi dan kerjaya politik,"
Menurut Anwar, apa yang dilakukan oleh Khalid Jafri dan diputuskan oleh mahkamah adalah konspirasi tertinggi Umno dengan memfitnahnya dengan perkara-perkara yang mengaibkan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home