SPR akui tiada kuasa terhadap media
Faisal Mustaffa
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu, rangka kerja perundangan di negara ini dalam pilihan raya tidak memperuntukkan badan tersebut, memastikan pemberitaan ketika pilihan raya adalah adil dan menyeluruh.
"Oleh yang demikian, SPR sering dituduh sebagai sebahagian daripada cara-cara kotor parti pemerintah supaya parti pembangkang tidak ada sebarang peluang untuk memenangi pilihan raya," kata Abdul Rashid.
Beliau berkata demikian ketika satu sessi dialog bersalama media cetak dan elektronik pada 12 Ogos lepas.
Menurut Abdul Rashid lagi, SPR tidak mempunyai kuasa sehingga meletakkan suruhanjaya itu dalam keadaan yang janggal dan memalukan apabila mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa atas laporan-laporan yang dibuat oleh parti-parti pembangkang.
Abdul Rashid mengakui bahawa SPR adalah sebuah badan penguatkuasa yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang tindakan. Di Malaysia, media dikawal oleh dua akta perundangan; Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.
"Bagi bentuk-bentuk lain yang berkaitan dengan penyiaran dan penerbitan terpaksa diselaraskan dengan undang-undang yang sedia. Bagi keadaan yang berbentuk kempen pilihan raya,ianya sepatutnya dikawal oleh moderator yang mengetuai pilihan raya," ujar Abdul Rashid lagi.
Abdul Rashid turut mengakui bahawa badannya menerima banyak cadangan daripada parti-parti politik pembangkang, badan-badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang menjalankan penyelidikan agar SPR menghentikan penyalahgunaan kuasa dalam penggunaan media tempatan dalam laporan-laporan yang berkaitan isu-isu ketika berkempen terhadap satu pihak sahaja.
Sungguhpun peraturan antarabangsa dalam penyertaan media dalam proses pemilihan diberi penekanan dalam kebebasan media elektronik dan cetak sebagai syarat asas utama bagi pilihanraya yang bebas, media di Malaysia masih belum lagi memberi laluan yang sepatutnya kepada parti-parti politik.
"SPR selama ini menjadi pemerhati yang pasif kepada kebanyakan parti-parti politik pembangkang," kata Abdul Rashid lagi.
Menurutnya, media sepatutnya diberikan laluan yang adil dan sewajarnya kepada kesemua parti politik dan calon-calon mereka.
Dengan melakukan sedemikian, Abdul Rashid percaya orang awam khususnya para pengundi boleh diberitahu mengenai platfom politik, pandangan dan matlamat mereka supaya menjadi rujukan bagi para pengundi membuat keputusan dalam memilih calon yang paling sesuai.
Abdul Rashid melibatkan diri dalam kerja-kerja SPR sejak 23 tahun yang lalu sebagai bekas setiausaha SPR dan kini menyandang jawatan pengerusi.
Baginya, beliau sudah lali dengan masalah-masalah yang timbul. Namun, dalam memberi layanan yang sama rata dan adil kepada semua calon-calon yang bertanding menjadi tekanan kepada beliau kerana rangka kerja perundangan tidak menyediakan SPR kuasa yang sepatutnya, bagi mengawal media.
Pilihan raya Negeri bagi Sarawak berlangsung pada September 2001 manakala pilihan raya seterusnya akan berlaku pada November tahun hadapan.
Dalam peraturan yang terkandung dalam pilihan raya tersebut, ia mencadangkan agar media mewujudkan satu kerjasama dengan SPR dalam memberi pendidikan berkaitan dengan pilihan raya dan memainkan peranan dalam mewujudkan semangat bagi pilihan raya yang bebas dan adil.
Peraturan tersebut juga menyatakan bahawa wartawan-wartawan yang ditugaskan semasa kempen pilihan raya sepatutnya menjaga tatasusila mereka dan tidak dipengaruhi oleh layanan khas. Pemilik media dan pengurus-pengurus mereka pula sepatutnya menyediakan maklumat yang tepat, tidak bersifat beratsebelah tetapi sebaliknya samarata.
Selain daripada itu:
1. Media sepatutnya menanamkan kesedaran terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pilihan raya; menganggapnya sebagai tugas dan tanggungjawab dalam menyiasat dan melaporkan isu-isu yang berkaitan dengan pilihan raya secara tepat; dan mendapatkan serta melaporkan pandangan dan pendapat daripada pelbagai pihak dalam proses pilihan raya tersebut,
2. Wartawan juga mesti mengelak daripada menunjukkan pilihan mereka dalam politik, meninggikan nada suara mereka dan berkelakuan luar biasa semasaa menjalankan tugas-tugas mereka dalam penyiaran; mampu untuk membezakan di antara membuatliputan tugas-tugas rasmi wakil kerajaan dan aktiviti-aktiviti kempen dalam pilihan raya yang dibawa oleh parti politik atau pun calonnya.
3. Media seharusnya menunjukkan tahap tertinggi dalam kewaratawanan mereka. Mereka sepatutnya menyediakan liputan yang tidak berat sebelah dalam melaporkan satu-satu berita dan peristiwa semasa berasaskan kepada kesamaan bagi kesemua parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home