Perutusan Hari Kemerdekaan 2005
Sementara dalam Bulan Kemerdekaan ini banyak kenduri kesyukuran, pelbagai acara keraian dan pesta, kita seharusnya tidak lupa untuk mengimbau kembali makna perjuangan tatkala ramai ibu-ayah dan generasi terdahulu yang bergelut untuk memerdekakan negara. Hanya dengan menoleh ke belakang, menyorot perjuangan masa lalu dan hari ini menginsafinya, akan membolehkan setiap rakyat kembali menyedari hak-hak asas mereka sebagai Warganegara, sebelum dapat menikmati °ƒkemerdekaan yang bermakna.°±
Tatkala Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memashyurkan kemerdekaan negara, atas muafakat semua kaum, Tunku telah menjanjikan bahawa negara ini harus terus menjadi sebuah negara yang demokrasi, menjunjung tinggi prinsip keadilan dan menjamin bahawa hak setiap kaum dan ras, setiap penganut agama dan tradisi untuk mendapat hak masing-masing. Itulah erti °ƒkebebasan°± yang harus dipertahankan.
Dengan itu, maka ternafikan dakwaan kononnya negara kita merdeka atau lahir daripada semangat perkauman, perbezaan ras, mahupun daripada faham perbezaan agama dan tradisi yang sempit dan mengongkong.
Namun, setelah hampir setengah abad usia negara ini, ada pihak yang gagal menghayati maksud dalam Permasyhuran Kemerdekaan tersebut. Pihak penguasa, terutama komponen parti-parti pemerintah terus menjadikan perbezaan warna kulit dan faham agama yang sempit sebagai teras untuk terus berpengaruh dan berkuasa. Atas sikap ini, ruang sivil rakyat menjadi terpisah-pisah dan terbahagi menjadi kecil, tidak bermaya. Hanya dengan cara itu sahajalah parti pemerintah, bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa, malahan dapat terus menekan rakyat dengan pelbagai undang-undang yang menindas.
Akibat terlalu lamanya keadaan ini, maka segala kebusukan dan kebejatan sudah dianggap sebagai satu kelaziman, atau "lumrah hidup".
Kesan daripada budaya takut ini atau climate of fear, maka suara atau undi rakyat tidak memberi apa-apa makna. Rakyat hanya diperlukan untuk tempoh lima tahun sekali, hanya untuk mengesahkan proses pilihanraya, sebagai, kononnya proses demokrasi. Kita lihat bagaimana beribu juta ringgit dibazirkan tatkala pemimpin kerajaan ghairah untuk mencapai sesuatu dasar yang mereka ciptakan. Sebagai contoh, wang hasil cukai telah dibelanjakan dengan begitu besar untuk membangunkan projek mega dan mewah sehingga fundamental ekonomi negara kita langsung tidak difikirkan dan tidak dapat bertahan ketika negara diserang krisis matawang pada lewat 1997.
Keadaan tersebut diparahkan lagi apabila dalam kegelisahan ketika berhadapan dengan krisis ekonomi, ada pihak mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri dengan melakukan rasuah dan korupsi, menyuburkan nepotisme dan kronisme. Dalam masa yang sama, rakyat diminta "berkorban", terus berpegang kepada semangat patriotisme dan sayangkan negara, tetapi pemimpin dan elit politik sendiri yang rupa-rupanya mengkhianati amanah yang diberikan.
Rakyat juga melihat bagimana Wawasan 2020 seolah-olah menjadi "lesen penuh" bagi mengizinkan pemerintah menggunakan sebesar-besarnya wang kutipan cukai daripada individu dan industri dalam negara untuk perbelanjaan yang seolah-olah tanpa tapal batasnya. Perlu saya tegaskan bahawa KeADILan tidak pernah membantah projek pembangunan sekiranya projek itu benar-benar dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan dilaksanakan pada saat yang betul. Tetapi kami membantah sekiranya projek mega lebih untuk nampak bergaya, bermegah dan sombong ke langit sedangkan nasib rakyat di bumi sendiri terabai.
Boleh dikatakan semua projek mega kerajaan telah memakan belanja yang berlebihan, atau "over priced". Sekalipun terlihat betapa hebatnya Kuala Lumpur City Centre (KLCC), rangkaian keretapi moden di Kuala Lumpur seperti Putra LRT, Monorel, Star LRT, juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Cyberjaya sehinggalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, tetapi semua ini "dibeli" dengan harga yang cukup lumayan.
Hari ini, banyak projek yang kononnya mengatasnamai kepentingan rakyat ternyata tidak memuaskan. Ini termasuklah Cyberjaya dan lembah silikon; semua rangkaian keretapi yang melingkari kota Kuala Lumpur; dan KLIA yang perlu terus diubahsuai selepas kurang daripada sepuluh tahun pembinaannya. Bahkan, ada projek yang ternyata terus gagal seperti "E-Village" (sebuah perkampungan perfileman moden dalam wilayah Cyberjaya), yang kini tapak projek itu hanya menjadi padang jarak padang terkukur, ditumbuh ilalang dan kembali menjadi belukar sedangkan wang yang dibelanjakan untuk projek berkenaan menelan million ringgit.
Harga yang terlalu mahal yang perlu dibayar rupa-rupanya bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi sudah menjangkau kepada nilai pengorbanan rakyat°pengorbanan keringat, air mata dan darah°yang sungguh memilukan sanubari dan menyentuh dhamir kita.
Dalam masa yang sama, penduduk luar bandar terbiar, nasib golongan bawah dan miskin tidak dipedulikan. Kelompok yang sewajarnya disediakan fasiliti dan mendapat bantuan seperti golongan intelektual, akademia dan seniman terlihat masih bergelangdangan. Semakin ramai anak-anak mahasiswa yang terpaksa berhimpitan menyewa rumah. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah memamah hampir keseluruhan sistem dan nilai pendidikan tinggi negara. Minda mahasiswa sebagai generasi pelapis yang kita harapkan pun terpasung sehingga seolah-olah hilang idealisme dan akal budi mereka. Begitu juga dengan nasib pekerja biasa yang nampaknya tidak berubah sejak sepuluh tahun lalu. Perumahan rakyat "kos rendah dan sederhana" yang mampu dimiliki oleh sebahagian majoriti rakyat masih terasa begitu mahal apabila tidak seimbang dengan pendapatan per-kapita rakyat.
Kepada sekelompok pemimpin dan elit politik masih tidak pernah mahu merenung, bermuhasabah dan mengkritik diri. Nampak seperti hanya cukup dengan menuding ke arah cara dan kesan pemerintahan terdahulu, sebagai alasan berapa buruknya keadaan hari ini. Apakah kita lupa bahawa golongan pemerintah hari ini juga tidak berbuat apa-apa ketika segala macam kebejatan dan pembaziran dilakukan oleh pemerintahan terdahulu.
Bahkan ramai di antara pimpinan sekarang juga merupakan "soldadu" bekas Perdana Menteri terdahulu. Sikap tuding jari, salah-menyalahkan dan bercakaran seperti yang berlaku hari ini dikalangan pemimpin pemerintah nampaknya tidak akan menyelesaikan masalah. Industri kereta nasional, terutamanya Proton, terus tidak mampu bersaing disamping keyakinan pembeli juga semakin merosot. Bahkan model baru Proton (Savvy) yang dilancarkan beberapa bulan lalu juga tidak mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Apakah para pemimpin berkenaan masih mahu menafikan bahawa semua kemusnahan keyakinan pembeli ini tidak ada hubung-kaitnya dengan sikap, perangai dan kelemahan mereka?
Demi menutup semua kelemahan tersebut, pandangan dan cetusan idea oleh pemerintah hanya ibarat tikus memperbaiki labu. Gagasan dan idea yang dicadangkan kepada rakyat masih kabur, dan tidak berdiri atas ilmu dan kesedaran yang bulat. Gagasan, idea dan dasar yang diutarakan cuma cebisan-cebisan retorika politik cara lama, samada konsep "Hadhari" (yang cuba ditiru daripada ucapan bekas Presiden Pas, Allahyarham Yusuf Rawa yang bertajuk "Menuju Tajdid Hadharah") sampailah kepada istilah "Glokal" yang tidak lebih hanya sebagai angan-angan Mat Jenin.
Kepada semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini.
Merdeka !
Reformasi !
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:
Post a Comment
<< Home