Warkah Anwar dari penjara: Menyerlahkan ketabahan dan istiqamah dalam perjuangan
Oleh Abd Shukur Harun
"Manusia boleh dimusnahkan, tapi tidak boleh dikalahkan". Ini adalah dialog Santiago, watak utama dalam novel 'Old Man And The Sea' karya novelis terkenal Amerika Ernest Hamengway.
Dialog ini mengingatkan saya pula dengan ucapan Mahatma Ghandi, pejuang kemerdekaan India ketika hendak dipenjarakan oleh British bahawa, "Kamu boleh memenjarakan jasad saya, tetapi tidak boleh memenjarakan jiwa saya".
Semuanya ini menunjukkan bahawa sebuah kuasa, betapapun besarnya, hanya boleh menghantar seseorang ke penjara, tetapi tidak akan berupaya memenjarakan jiwa dan semangat seseorang itu.
Inilah juga yang berlaku terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang pernah merengkuk lebih enam tahun di penjara Sungai Buluh, Selangor. Malah penjara itu sendiri menjadi begitu terkenal kerana di dalamnya merengkuk seorang tokoh ternama yang tidak boleh dikalahkan oleh besi jerejak sebuah kurungan.
Ketika dipenjarakan, Anwar seperti mengungkapkan kembali kata-kata seperti ini, "Mereka boleh memenjarakan jasad saya, tetapi jiwa saya tetap merdeka."
Ketika Editor Harakahdaily, Zulkifli Sulong memberi saya buku terbaru 'Warkah Anwar - Surat-surat Anwar Dari Penjara 1998-2004' - tempoh hari, saya teringat kembali sosok yang sangat menarik untuk diperkatakan ini dan merasa terpanggil untuk memperkatakan suatu episod pendek dari kehidupannya yang saya ketahui.
Saya mengikuti perkembangan Anwar sekitar 70-an, terutamanya ketika beliau memimpin pelajar berdemonstrasi, membela rakyat Baling yang miskin menyebabkan ramai ditahan di bawah ISA termasuk Anwar sehinggalah beliau dibebaskan dan memimpin Abim.
Tetapi seperti sahabat lain dalam PAS, kemasukan Anwar dalam Umno di awal 80-an, mencetuskan ketegangan hubungan antara kami dan Anwar dan kami berhujah dengan beliau berhari-hari, malah berminggu-minggu lamanya, untuk menahan beliau supaya jangan menyertai Umno.
Pekarangan surau kecil bersebelahan tapak Masjid Darul Ehsan Subang Jaya itu menjadi tempat perbincangan itu.Namun Anwar telah mengambil keputusan muktamad menyertai Umno atas pelawaan Dr. Mahathir.
Beliau telahpun memberitahu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor keputusannya itu dan sudah juga menyampaikan keputusannya itu kepada Majlis Syura Abim.
Selepas itu beliau bertanding di Parlimen Permatang Pauh atas tiket Umno dan menang. Sejak itu Anwar naik dengan pantasnya dari satu tangga ke satu tangga kuasa hinggalan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dan saya serta sahabat yang lain hanya menyaksikannya di kaca TV. Ketika itu saya merasakan untuk menemui Anwar adalah 'too hight to reach'.
Setelah masa berlalu agak lama, tiba-tiba tercetuslah pergolakan dalam Umno yang berakhir dengan penyingkiran dan penahanan Anwar. Demikianlah ganasnya politik dan kuasa ketika pertimbangan kemanusian, dosa dan pahala, rasional akal tidak menjadi penentu jalan kehidupan.
Menurut Anwar, Yang diperjuangkannya dari dalam dan luar, adalah kebenaran, keadilan, menentang rasuah, nepotisme dan segala kemungkaran. "Saya telah membayar dengan mahal harga perjuangan ini dan saya akan meneruskan perjuangan ini," kata Anwar.
Apabila saya membaca bukunya 'Warkah Anwar - Surat-Surat Dari Penjara 1998-2004' ini saya cukup yakin Anwar telah membayar harga perjuangan itu dengan mahalnya. Dan satu hal yang dapat saya kesan dari perwatakan Anwar melalui buku ini ialah ketabahannya, konsistennya terhadap jerjuangan ini dan lebih dari segalanya keberanian dan ketabahannya mengharungi cabaran ini.
Satu hal yang lebih penting dari segalanya ialah ingatan dan kesetiaan Anwar kepada kawan-kawan, khususnya di dalam PAS. Saya terbayangkan ingatan dan persahabatan kukuh antara beliau dengan pemimpin PAS seperti Al-Marhum Ustaz Mohd Noor dan bagaimana pula jiwa besar yang ditunjuk oleh Almarhum Ustaz Fadzil terhadap sahabat lamanya itu walaupun kemasukan Anwar dalam Umno dulu begitu pedih dirasakannya.
Almarhumlah yang menggerakkan NGO supaya menubuhkan Gerak, sebuah badan yang membela Anwar. Kewujudan Gerak sangar berkesan - iaitu mendedahkan terhadap Anwar - disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dengan itu tidak syak lagi, peristiwa ini semua akan menjadi ingatan kukuh kepada Anwar dan pencinta keadilan.
Buku Anwar ini sangat menarik dibaca. Ia bukan saja mengajak kita bersama mengembara dan menghayati minda Anwar Ibrahim sepanjang mendekam di ruang gelap melalui warkahnya itu. Lebih dari itu menyerlahlah watak beliau sebagai pejuang sejati, cinta dan menghargai kawan, luasnya pengamatan beliau bukan saja terhadap politik dan ekonomi tetapi juga semua genre kehidupan. Itulah keistimewaan Anwar, sosok yang mungkin kita temui satu dalam seribu.
Buku ini berharga RM20, diterbitkan oleh Edisi Prima dan disusun oleh Zunar. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai buku di seluruh negara atau pesan terus dari Edisi Prima Sdn Bhd tel 03-40212045.
- zs

0 Comments:
Post a Comment
<< Home