Keputusan “Kes Pengundi Hantu Lunas”, 11 September
Oleh Zulkifli Mohamed
KULIM-31 Julai: Mahkamah Majistret Kulim menetapkan 11 September depan, sama ada para tertuduh dalam kes “Pengundi Hantu Pilihanraya Kecil Lunas” akan dipanggil membela diri atau sebaliknya.
Majesterit Tuan Haji Zainol Rashid Hussin, memutuskan keputusan tersebut setelah mendengar keterangan saksi terakhir pendakwa, Ahad.
Mahkamah menetapkan 13 Ogos untuk mendengar pengulungan hujah pihak pembela, sementara pihak pendakwa ditetapkan pada 25 Ogos.
Perbicaraan tersebut telah berlanjutan sejak tahun 2001.
Para tertuduh Mohd Azmin Ali, Tian Chua, Ezam Mohd Noor, Zamil Ibrahim, Gobalakrisnan, Roslan Kassim dan aktivis PAS Mohd Fauzi Awang Kecil, Khairi Yahya dan Ahmad Khairuddin Jamaluddin didakwa melakukan rusuhan dan huru-hara kerana menghalang dan menahan bas-bas yang dikatakan membawa pengundi hantu pada pilihan raya kecil Lunas.
Pilihan raya pada 29 November 2000 itu dimenangi calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail.
Saksi ke 15 pendakwa iaitu yang terakhir, ASP Abdul Ghani Hj Mohd Ji, yang bertugas sebagai Pegawai Penyelia Zon Pilihan Raya Kecil Lunas memberikan keterangannya hari ini.
Ketika soalbalas oleh peguambela, Ghani yang bertugas di IPK Kedah itu mengakui pemimpin Keadilan tidak melakukan sebarang tindakan yang menimbulkan huru-hara dan berlaku pergaduhan.
Dalam keterangannya sebelum itu, beliau mendakwa terdapat lapan buah bas telah dihalang oleh orang ramai untuk meneruskan perjalanan ke bilik Gerakan BN di sekitar Lunas.
Menurutnya, sekitar 150-160 orang, mengerumi bas-bas berkenaan sambil mengetuk dinding bas dengan tangan dan topi kaledar serta melaungkan slogan reformasi dan pengundi hantu.
Menurut Ghani, para penumpang majoritinya berbangsa India datang dari sekitar Lembah Kelang.
Ketika itu, beliau melihat Gobalakrisnan sedang bercakap melalui pembesar suara kepada para penumpang bas.
“Saya tidak percaya sama you orang, saya sudah lama makan garam,” teriak Gobalakrisnan.
Selain Gobalakrisnan, katanya beliau melihat beberapa pemimpin Keadilan antaranya, Ezam, Azmin, Roslan Kassim dan Ghani Harun (bukan tertuduh) berada bersama-sama orang ramai.
“Saya telah meminta bantuan Ezam, Azmin, Gobalakrisnan dan Ghani untuk membantu menyuraikan orang ramai,” kata Ghani.
Ghani berkata, Azmin berjanji kepadanya untuk membantu menyuraikan orang awam sekiranya pihak polis boleh memastikan kesemua bas-bas berkenaan dibawa ke balai polis Lunas supaya siasatan menyeluruh dapat dibuat.
Azmin juga memberitahunya supaya pihak polis bertindak secara profesional.
“Saya tidak memberi apa-apa maklum balas ke atas permintaan mereka, sebaliknya meminta bantuan unit FRU dan USF bagi menyuraikan orang ramai,” jelasnya.
Melihat keadaan itu, kata Ghani, Azmin, Tian Chua, Ghani, Ezam dan Roslan meminta orang ramai memberi laluan kepada bas untuk bergerak. Orang ramai memberikan kerjasama kepada mereka.
Jelas Ghani lagi, bas-bas berkenaan ditahan selama 2 jam di Balai Polis Lunas, sebelum dibebaskan dengan arahan Ketua Polis Kedah.
Ghani kemudiannya disoalbalas oleh peguambela, C Prabakaran.
PRABAKARAN: Ada nampak wakil BN dan BA meeting?
GHANI: Saya nampak Timbalan Ketua Polis Kedah turut berada di Bilik Gerakan Balai Polis Lunas.
PRABAKARAN: Arahan untuk melepaskan bas-bas itu dapat daripada siapa?
GHANI: Ketua Polis Kedah.
PRABAKARAN: Ketika polis iringi bas-bas itu ke Seberang Jaya, adakah kerana mereka membawa pengundi hantu?
GHANI: Tidak pasti
PRABAKARAN: Tujuan Azmin datang adalah untuk meminta polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci dan membantu rakan-rakan untuk menyuraikan orang ramai?
GHANI: Azmin cuma minta pastikan bas-bas itu dibawa ke balai polis Lunas.
PRABAKARAN: Tahu siapa yang mula-mula tahan bas?
GHANI: Tidak tahu
PRABAKARAN: Mereka berteriak REFORMASI, adakah itu satu slogan BA?
GHANI: Ya, Yang Arif.
PRABAKARAN: Adakah penyokong BN di sana berteriak “merdeka, merdeka”?
GHANI: Tidak, Yang Arif.
PRABAKARAN: Tidak ada huru-hara ketika itu?
GHANI: Ya, Yang Ariff
PRABAKARAN: Apa maksud tidak berlaku huru-hara?
GHANI: Tidak berlaku pecah keamanan dan tidak berlaku pergaduhan.
PRABAKARAN: Polis tidak dapat pastikan bas membawa pengundi hantu?
GHANI: Tidak pasti.
Kemudiannya beliau disoal balas Peguambela Yunus Sharif.
YUNUS: Setujukah bahawa Gobalakrisnan menahan dan mengurung para penumpang bas?
GHANI: Tidak ada.
YUNUS: Roslan, Ezam, Tian Chua dan rakan-rakan yang lain tidak melakukan perbuatan yang sama?
GHANI: Setuju
YUNUS: Setuju, mereka membantu polis menyuraikan orang ramai bagi menjaga keamanan di tempat kejadian?
GHANI: Ya, Yang Arif.
Mohd Yunus Shariff dan C Prabakaran mewakili para tertuduh. Sementara Roslan Kassim, Bekas Ketua Penerangan Keadilan yang telah menyertai Umno diwakili Peguam Nasrul Nuha.
Sejak bermulanya perbicaraan, hakim yang mengadili kes ini telah bersilih ganti, antaranya Majistret Johari Hasan, Rosaini dan Ainy Suhailah Yunus, sebelum didengar hadapan Majisterit Tuan Haji Zainol Rashid bin Hussin.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home