SepangOnline

Thursday, July 28, 2005

Empat Indon samun rumah Ketua Bahagian Sepang

SEPANG: Empat lelaki dipercayai warga Indonesia memecah masuk kediaman zulkurnain, 42, di Kampung Teras Jernang dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Zulkurnain yang juga Ketua Bahagian Sepang Parti Keadilan Rakyat kerugian lebih RM1,700 termasuk kehilangan barangan kemas dan jam Rollex.

Ketika kejadian, mangsa dan isteri sedang lena di bilik tidur apabila terdengar dentuman kuat pada pintu bilik dan kemudian empat lelaki berpakaian serba hitam dan menutup mulut serta hidung dengan kain meluru masuk ke dalam bilik mereka.

Zulkurnain berkata, mereka mengikat tangan dan kaki kami dengan wayar talifon dan seorang daripada perompak itu menghunus parang ke arah saya meminta menunjukkan tempat menyimpan duit.

Zulkurnain berkata, dia dan isteri bersyukur kerana walaupun kehilangan barangan berharga, namun masih selamat dan tidak diapa-apakan perompak terbabit.

Zulkurnain berkata lagi, kumpulan itu memasuki rumah mereka melalui tingkap di belakang rumah dan menggeledah seluruh rumah sebelum ke bilik beliau.

Menurutnya, perompak itu menghentak tombol pintu bilik tidurnya menggunakan tong gas masak.

Katanya, perompak itu turut memotong wayar telefon di ruang tamu dan merampas telefon bimbitnya dan isteri.

Katanya lagi, pada kira-kira jam 5.30 pagi, dia baru berani bangun untuk melihat anak-anaknya dan keadaan rumah yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baru Bangi jam 7.30 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baru Bangi dan Sepang telah pergi ke rumah beliau untuk membuat siasatan lanjut.

Zulkurnain adalah merupakan Ketua Bahagian Sepang penggal 2004-2007. Beliau adalah penyokong reformasi dari mula sehinggalah menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas Plihan Raya pada 2004 untuk memantapkan kembali Bahagian Sepang. Daripada pimpinannya Bahagian Sepang kembali pulih malah dapat menembusi kubu kuat BN dengan menubuhkan cawangan selain di kawasan melayu iaitu menubuhkan beberapa cawangan di dua DUN lain di dalam Sepang iaitu Sungai Pelek dan Tanjung Sepat selain di DUN Dengkil.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home