SepangOnline

Wednesday, August 17, 2005

Anwar ulangi desakan tolak DEB

Oleh HASHIM ABDULLAH
KUANTAN, 17 Ogos (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulangi desakan agar Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditolak kerana tidak mampu memberi keadilan kepada rakyat, sebaliknya hanya memberi keuntungan kepada sebilangan kecil golongan Melayu dalam pimpinan Umno.


Gesaan ini dinyatakannya pada program Majlis Makan Malam Perpaduan Rakyat anjuran Perhubungan KeADILan Rakyat Pahang di Restoran Lee Yuan, dekat sini, malam tadi.

Advertising

Koleksi Buku, CD, Kaset dan Kad Tunjuk untuk kegunaan pembelajaraan anak-anak
Klik di sini untuk maklumat lanjut


Pada program tersebut, 700 orang daripada pelbagai kaum memenuhi ruang dewan. Turut hadir Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat, Dr Syed Husin Ali; Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta pimpinan Barisan Altenatif Pahang.

“Saya cadangkan untuk kebaikan orang Melayu, untuk kebaikan orang Cina, orang India, Kadazan, Iban, kita buang Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru hanya memperkayakan sebilangan kecil Melayu dalam Umno. Tiga empat kerat saja yang dapat,” kata Anwar.

Beliau menambah perlunya dibuat dasar ekonomi yang baru mengantikan Dasar Ekonomi Baru untuk membantu semua golongan miskin di negara ini tanpa mengira kaum kerana cabaran yang sudah berubah.

“Kita buat dasar untuk rakyat Malaysia. Kita ambil dasar, Melayu miskin kita tolong, Cina miskin di pekan, bukan tak ada miskin, ada, kita tolong. India miskin kita tolong.

“Oh ada orang kata dulu masa dalam Umno 'you' sokong DEB. Ya, itu dulu DEB tahun 1970, sekarang menteri otak tahun 1970. Sekarang cabaran sudah berubah, ” katanya.

Anwar juga turut menekankan perlunya rakyat bangkit membuat perubahan tanpa rasa takut bagi membolehkan keadilan dinikmati oleh semua rakyat.

“Rakyat perlu bangkit buat perubahan. Sekarang kita daripada KeADILan dan PAS, DAP sudah pakat kalau tak ada keadilan pada orang Melayu kita lawan. Kalau tak ada keadilan pada orang Cina kita lawan. Kita sudah pakat,” katanya. - lanh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home