SepangOnline

Saturday, May 26, 2007

Perasmian Kongres Nasional gilang gemilang

 SEREMBAN: Majlis Perasmian Kongres KeADILan pagi ini diserikan dengan acara simbolik melibatkan tiga kaum utama di negara ini iaitu-paluan kompang, tiupan serunai dan tarian singa bagi menyambut kehadiran
Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perasmian gilang gemilang itu juga menyaksikan lebih 3000 hadirin menyanyikan lagu KeADILan dan lagu Negaraku.

Tetamu dan perwakilan kini sedang membanjiri dewan Sekolah Tinggi Chung Hua, di sini.

Anwar tiba jam 930 pagi kemudiannya mengiringi Wan Azizah memeriksa perbarisan oleh Wanita dan Angkatan Muda KeADILan.

Ketika ini, semua perwakilan sedang mengambil tempat masing-masing sementara menantikan upacara perasmian gilang gemilang oleh Wan Azizah.
Turut mengiringi Anwar dan wan Azizah ketika memeriksa perbarisan AMK dan wanita keadilan di hadapan dewan ialah, Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Kamarul Baharin dan Bendahari Agungnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara tetamu kehormat yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan wakil kedutaan Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan Jerman di Malaysia selain pemimpin-pemimpin NGO.

Presiden dijangka akan membacakan ucapan dasar yang bertajuk 'Mari Menuju Kejayaan' pada jam 10.30 pagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home