SepangOnline

Friday, May 25, 2007

ROS Menolak Permohonan Anwar Untuk Bertanding

Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti KeADILan Rakyat yang mendapat 120 pencalonan untuk jawatan Presiden parti dimaklumkan oleh ROS bahawa pemohonannya untuk bertanding jawatan tersebut telah ditolak.

Dato' Seri Anwar telah menghantar rayuan kepada Menteri Dalam Negeri yang berhak untuk memberi pengecualian dalam hal ini.

KeADILan mengecam tindakan ROS sebagai rusuhan untuk melarang kemunculan kembali Dato' Seri Anwar ke medan politik aktif.

Beliau telah menegaskan bahawa haknya tidak boleh dinafikan dan beliau akan tetap bertanding esok.

Tian Chua
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home