SepangOnline

Saturday, May 26, 2007

Selamat Berkongres Buat Semua!

Pilihanraya kian hampir. Serangan dari Umno-BN akan lebih sengit. Sdr sdri sudah lalui ini semua. Kita harus lebih waras dan dewasa. Tumpuan haruslah ke arah memperkasa parti, bukan merengek soal perasaan atau sekadar meluah sentimen peribadi. Tiada tokoh yang terlalu hebat dan kebal termasuk juga saya. Kita hanya gagah kerana mampu berjuang dalam jemaah dengan disiplin dan muafakat.

Ada yang menghebahkan isu kehilangan tokoh. Dalam sejarah politik tanahair, tidak ada parti yang mengalami pengunduran tokoh utama seperti Umno. Yang Di Pertua dan pengasas, Dato’ Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti IMP dan Parti Negara; Presiden kedua, Tunku Abdul Rahman berkempen dalam pilihanraya umum menentang Umno. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn dan kini Tun Dr Mahathir walaupun belum meninggalkan Umno. Sejarah PAS mencatat Yang DiPertuanya yang pertama Hj Ahmad Fuad meninggalkan parti. Kemudian Dato’ Asri Haji Muda dan lain-lain pimpinan kanan PAS juga meninggalkan PAS.

Saya peringatkan pengalaman sedemikian agar kita menumpu semula kepada kerangka besar agenda perjuangan, tidak mainan media atau kemarahan peribadi. InshaAllah saya yakin kita akan lebih mantap dan gagah selepas kongres di Seremban kelak.

Selamat Berkongres!

ANWAR IBRAHIM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home