oleh Tan Sri Khalid Ibrahim KeADILan mempertikaikan keputusan pilihanraya Ijok dan membantah taktik kotor yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk menang.
Kadar rakyat yang mengundi yang setinggi 81% amat meragukan sekali.
Semasa memantau pilihanraya semalam, KeADILan terjumpa bukti penyelewangan, ugutan dan rasuah oleh Barisan Nasional (BN).
Ada pengundi yang mendapati ada orang yang telah membuang undi bagi pihak mereka apabila sampai ke tempat mengundi; ada undi-undi yang dibuang oleh orang yang meninggal; KeADILan juga mempunya bukti rakyat diberi rasuah untuk mengundi BN.
Selain itu, taktik intimidasi dan keganasan kepada penyokong KeADILan menyebabkan pilihanraya ini menjadi yang paling kotor di sejarah Malaysia.
Kita melawan gergasi dalam pilihanraya, dan saya bangga sekali parti kita sanggup menghadapi cabaran ini.
Ini bukan merupakan kekalahan bagi parti, tetapi sebaliknya adalah pengaiban kepada sistem demokrasi kita.
KeADILan dari mulanya telah menekan untuk perubahan dalam sistem pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya bukan sahaja gagal menghentikan penyelewangan, tetapi nampaknya berat sebelah terhadap BN.
Kita membantah sama sekali kegunaan polis dan jentera kerajaan yang digunakan untuk mewujudkan budaya takut di Ijok.
KeADILan juga membantah cara pilihanraya kecil ini dijalankan dan mempertikaikan keputusannya. Kita akan mendedahkan bukti-bukti kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa setelah ia dikumpul dan dilampirkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada kawan-kawan kita, serta rakan-rakan seperjuangan dari pihak politik dan NGO yang telah membantu dalam kempen kita.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya yang tidak terhingga kepada semua penyokong dan sukarelawan yang menyumbangkan masa, wang dan titik peluh mereka kepada kempen ini.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Ijok; dalam masa saya menjadi calon, ramah mesra, kemurah hatian dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh rakyat amat mengalakkan sekali.
Kita tidak akan teragak-agak sesaat pun untuk terus berjuang demi menegakkan keadilan, demokrasi dan kebebasan untuk rakyat Malaysia. |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home