Wan Azizah: Khalid calon terbaik untuk wakili rakyat Ijok
Beh Lih Yi, Malaysiakini
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Bendahari Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dipilih bertanding di Ijok kerana parti itu percaya beliau adalah calon terbaik untuk mewakili rakyat kawasan tersebut.
Berucap kepada lebih 1,000 orang hadirin di Batang Berjuntai malam tadi, beliau berkata, Khalid dipilih berdasarkan kepada kelayakannya.
Wan Azizah mengesahkan pemilihan Khalid - seorang bekas tokoh korporat dan juga anak jati Kuala Selangor - sebagai calon PKR pada jam kira-kira 9.50 malam. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Soal pemilihan calon PKR telah mencetus kontroversi ekoran ada pihak dalam parti pembangkang itu yang mahukan seorang calon keturunan India diletak bertanding di Ijok.
Khalid akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban pada 28 April ini. Kerusi Ijok kosong ekoran kematian penyandangnya, K Sivalingam pada 4 April lalu.
Khalid adalah antara pengasas PNB dan telah memajukan institusi pelaburan bumiputera itu menerusi beberapa skim saham amanah termasuk Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Khalid meninggalkan PNB pada Julai 1994 untuk menyertai kumpulan Guthrie. Beliau mempunyai kelayakan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland.
Nalla akan berkempen
Selain Khalid, nama ahli perniagaan Datuk S Nallakarupan juga sebelum ini turut disenaraipendekkan oleh PKR.
Nallakaruppan (kiri), yang turut hadir malam ini, menyatakan sokongannya terhadap Khalid dan berjanji akan berkempen membantu beliau.
“MIC hanya mewakili kaum India, kita (PKR) mewakili semula rakyat Malaysia,” katanya kepada para hadirin di majlis tersebut.
Sementara itu, Khalid, 61, juga berikrar akan berjuang untuk semua rakyat Malaysia. Khalid memulakan ucapannya dengan laungan ‘Reformasi’.
“Apabila seorang jeneral masuk gelanggang, dia tidak akan lari. Dia akan berjuang bagi melindungi rakyat dan bukan hanya untuk satu kumpulan sahaja,” katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang turut hadir di majlis tersebut, berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat akan turun padang berkempen untuk membantu calon PKR.
PAS dan PKR adalah anggota komponen Barisan Alternatif.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya berkata Khalid merupakan calon terbaik untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil DUN Ijok.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home