SepangOnline

Friday, April 13, 2007

Soalan Permatang Pauh ke Menteri Keselamatan Dalam Negeri

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAP LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL [PERMATANG PAUH]

TARIKH : 12 APRIL 2007

RUJUKAN : 435

Soalan : Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan:- a) cadangan-cadangan yang disarankan oleh Suruhanjaya Diraja yang telah dilaksanakan dan b) mengapa sesetengah kes yang dikendalikan oleh pihak polis disiasat secara cuai dan tidak bertanggungjawab seperti kes Datuk Norjan Bahadar, kes rogol Noritta Samsudin serta kes rogol dan bunuh pelajar Farrah Deeba Rustam.

Jawapan :

Tuan Yang DiPertua,

a) Setakat ini sebanyak 69 cadangan telah dilaksanakan dan 23 cadangan sedang dalam proses pelaksanaan.
b) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha untuk menjalankan siasatan ke atas kes-kes jenayah. Walau bagaimanapun pihak PDRM menghadapi masalah dalam mengendalikan penyiasatan kes-kes bunuh sekiranya:-

i) Mayat tidak dapat dikenal pasti kerana telah reput atau hanya tinggal tulang / rangka sahaja yang ditemui.
ii) Tiada saksi-saksi yang dapat ditemu bual
iii) Tidak mengetahui punca kematian walaupun bedah siasat telah dijalankan
iv) Tempat kejadian tidak dapat dikenal pasti
v) Tiada keterangan yang boleh menjurus kepada pengesanan suspek kes
vi) Mayat dibakar dan bukti-bukti kejadian dilupuskan hingga menyukarkan penyiasatan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home