SepangOnline

Monday, April 16, 2007

Pengumuman Calon KeADILan Pilihanraya Kecil Dun Ijok Esok

Berikutan Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Penasihat Parti Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon Pilihanraya Kecil Dun Ijok esok (17 April), 8:30 malam di Bilik Gerakan KeADILan Batang Berjuntai, Ijok bagi melancarkan jentera pilihanraya KeADILan.

Yang turut hadir bersama adalah pimpinan tertinggi parti: Presiden Dr Wan Azizah, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, Dr Lee Boon Chye, Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Wanita Fuziah Salleh, Pemangku Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar dan Ketua Penerangan Tian Chua.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi SD Johari 017-6061735 atau Ginie Lim 012-6693453. Sekian, terima kasih.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

0 Comments:

Post a Comment

<< Home