SepangOnline

Saturday, April 07, 2007

Majlis Makan Malam KeADILan - Masa Untuk Perubahan

DS Anwar telah menghadiri satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan. Majlis yang bertemakan ‘Masa Untuk Perubahan’ ini telah diadakan di Dewan Heng Gok Hai SJK(C) Sentul.

Beberapa acara menarik dan persembahan laungan perjuangan oleh Angkatan Muda Wilayah Persekutuan telah dipersembahkan pada majlis ini.

Dihadapan lebih kurang 2000 orang hadirin, DS Anwar telah memberikan satu ucapan yang membawa mesej tegas mengenai pendirian keADILan terhadap beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada rakyat. Antaranya adalah pendirian keADILan mengenai isu antara kaum dan agama, Agenda Ekonomi Baru Malaysia dan juga penolakan kegiatan rasuah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau menegaskan bahawa perkara melibatkan agama dan bangsa yang telah sedia termaktub didalam perlembagaan negara tidak harus dipersoalkan lagi. Setelah sekian lama, kita terima dan setuju bahawa Agama Islam sebagai agama persekutuan tetapi masih menjamin kebebasan beragama kepada semua rakyat. Begitu juga mengenai Bahasa Malayu sebagai bahasa rasmi, tetapi tidak menghalang bahasa ibunda kaum-kaum lain di Malaysia dipelajari atau digunakan. KeADILan tegas bahawa kita akan pertahankan perlembagaan ini. Sepatutnya tidak timbul persoalan dan masalah mengenai perkara ini, tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana kerajaan tidak cekap langsung menghadapi situasi seperti ini.

DS Anwar menekankan kerjasama dan kesefahaman antara semua kaum di Malaysia menjadi aspek penting untuk mebawa perubahan. Beliau melahirkan rasa bangga apabila melihat kerjasama antara kaum ini cukup kuat didalam Parti Keadilan dan ini menujukkan bahawa KeADILan terbukti sebagai sebuah parti yang relevan untuk semua. Ucapan beliau kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin tanda kesepakatan dan kesatuan hati pelbagai kaum didalam keADILan.

Beliau mengulas sedikit mengenai Agenda Ekonomi Baru Malaysia dan mengapa Dasar Ekonomi Baru perlu ditolak. Berulang kali beliau menegaskan bahawa kita mesti pacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih agresif tetapi pada masa yang sama kita tetap menjamin keadilan untuk semua. Jika ada yang miskin, tidak mengira bangsa atau agama kita perlu bantu mereka. Beliau menegaskan bahawa tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, semua perlu sama-sama berganding bahu untuk terus maju sambil membantu satu sama lain demi memastikan negara bertuah ini berada di puncak kegemilangan. Sekali lagi, hadirin yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum memberi tepukan gemuruh tanda setuju!

Beliau menyindir ketidakcekapan kerajaan BN yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Singapura, China, Indonesia dan beberapa negara Asia lain yang pada satu ketika dahulunya berada dibelakang kita. Serba sedikit beliau juga menceritakan bagaimana perjalanan beliau ke luar negara selama 3 minggu. Beliau telah memberi kuliah di LSE dan Cambridge serta memberi ucapan sebagai penasihat ekonomi dibeberapa negara luar. Selain itu beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh besar akademik dan ekonomi dunia. Sambil bergurau, beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia terlalu pandai dan universiti-universiti di Malaysia terlalu tinggi tarafnya untuk menjemput beliau memberikan nasihat atau kuliah. Didalam erti kata lain, jelas kebebasan seperti ini tidak wujud di Malaysia.

Antara lain, DS Anwar meminta supaya setiap daripada kita membantu untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat. Sebaran boleh dilakukan menggunakan internet atau penyebaran terus dari mulut ke mulut atau risalah kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara di kampung. Ini kerana bahang pilihanraya semakin terasa dan kita harus mula bekerja daripada sekarang. Jangan kita jadikan ‘media blackout’ sebagai satu penghalang besar kepada kita. Inisiatif lain perlu kita cari dan laksanakan supaya informasi dan kebenaran sampai kepada setiap golongan rakyat.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dan untuk program seterusnya beliau akan berada di Sabah bagi membantu penjanaan kekuatan keADILan di sana. Walaupun baru sahaja pulang, DS Anwar tidak membuang masa tetapi sebaliknya terus turun ke padang untuk berjuang. Dalam masa terdekat ini beberapa program bersama beliau akan diadakan di Selangor, Terengganu, Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang.

Rahimi Osman

gambar: Ehsan daripada AIC

P1011066.JPGBersama K. Penerangan Keadilan Sdr Tian ChuaP1011076.JPG

P1011079.JPGP1011082.JPGP1011084.JPG

P1011089.JPGP1011078.JPG

0 Comments:

Post a Comment

<< Home