SepangOnline

Saturday, April 07, 2007

Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Rumah DS Anwar

Pada hari Khamis 5 April 2007, satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan di rumah DS Anwar di Bukit Segambut. Majlis ini diadakan sebaik sahaja beliau pulang daripada luar negara. Walaupun kelihatan agak penat, DS Anwar sempat memberikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Dalam ucapan beliau telah mengulas mengenai perjalanan 3 minggu beliau ke luar negara termasuklah di beberapa negara Eropah, Arab dan Amerika Syarikat. Beliau juga menyentuh sedikit mengenai beberapa masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Masalah-masalah ini wujud apabila kita lari daripada prinsip perjuangan sebenar dan kerangka besar agenda perjuangan. Beliau mengingatkan semula kepada semua supaya kekal kepada agenda sebenar perjuangan untuk membawa perubahan.

Masa 9 tahun telah berlalu dan pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi namun jika kita ikhlas untuk berjuang demi perubahan, kita tidak seharusnya sesekali patah semangat. Persoalan pangkat, wang dan salah faham tidak seharusnya menjadi batu penghalang atau sebab kita berhenti daripada berjuang.

Pada majlis ini, beberapa orang anak yatim dari kawasan Segambut telah mendapat sumbangan ikhlas daripada wanita keADILan.

Majlis tahlil dan doa selamat seperti ini akan diadakan pada setiap bulan, InsyAllah supaya boleh kita merapatkan silaturahim antara rakan-rakan seperjuangan. Majlis seterusnya akan diadakan pada 3hb Mei depan.

Rahimi Osman

Gambar: Ehsan daripada Anwar Ibrahim Club (AIC)

Bersama anak yatimbersalaman dengan hadirinBersama adik Adiputra

Memberi ucapanBersama team AIC - Sdr Farhan, Sdr Raja dan Sdri Emiera

0 Comments:

Post a Comment

<< Home